(SEMASA) Sains di sebalik Pati Ayam dari BRAND’S®

Spread the love

Participants got a tour and briefing of the manufacturing process of BRAND_S Essence of Chicken by Cerebos Factory Manager, Poo Seck Peng copy

Lebih 100 farmasis dari rangkaian farmasi utama seperti Guardian, Watsons, Caring, AEON Wellness dan Cosway mengenali sains di sebalik Pati Ayam BRAND’S® yang jauh lebih hebat daripada dijangkakan.

Sze actively participated in the Q&A session copy

Ketua Saintis dan Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Cerebos Pacific Limited, Dr. Paramjeet Singh, berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyampaikan taklimat ‘The Science Of Essence of Chicken for Cognitive and Physical Health’ kepada komuniti farmaseutikal.

Beliau menerangkan dapatan pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan selama 20 tahun yang mengesahkan kesahihan nasihat golongan ibu – iaitu amalan meminum Pati Ayam BRAND’S® memang baik untuk kesihatan badan dan minda.

 “Pati Ayam BRAND’S®  telah dikaji secara meluas dan satu daripada kesan segera yang dikenalpasti ialah ia dapat melancarkan metabolisme badan untuk meningkatkan prestasi kognitif dan fizikal. Hasil penyelidikan juga membuktikan bahawa penggunaan kerap jangka panjang dapat mengimbangkan paras kortisol dan ritma badan yang meningkatkan prestasi fizikal dan mental secara berterusan,” kata Dr. Paramjeet.

“Amalan meminum Pati Ayam BRAND’S® secara kerap terbukti dapat mengatasi kesan negatif gaya hidup moden yang boleh memudaratkan kesihatan, sekali gus memulihkan tahap kesihatan dengan mengimbangkan ritma badan,” tambah beliau.

Peserta yang hadir amat tertawan dengan saintis yang berkarisma tersebut. Ramai antara mereka bertanya soalan yang terpendam di hati sejak kecil lagi, termasuk soalan yang sering diajukan oleh pelangan.

Salah seorang daripada peserta, Low Kim Ling, bukan sahaja berpendapat bahawa taklimat itu enuh dengan informasi, malah beliau amat teruja dengan proses perkilangan di Cerebos yang menggunakan system elektronik yang canggih.

Low berkata, “Saya dapati taklimat ini penuh dengan maklumat berguna, seperti bermula daripada cara untuk memilih ayam berkualiti sehinggalah kepada produk akhir di atas rak peruncit. Sebagai pengguna Pati Ayam BRAND’S® yang setia, saya yakin bahawa dengan meminumnya, daya ingatan serta tumpuan mental akan bertambah baik dan badan juga akan menjadi lebih bertenaga – seperti mana ibu saya katakan.”

Seorang lagi farmasis, Nicholas Sze, yang mengambil Pati Ayam BRAND’S® sejak kecil lagi, yakin bahawa ia merupakan remedi tradisional untuk meningkatkan kecerdasan mental serta mengurangkan stres semasa belajar.

“Sesi hari ini banyak membantu saya untuk lebih memahami kebaikan pati ayam, khususnya Pati Ayam BRAND’S®,” kata Sze.

“Maklumat yang diperoleh amat membantu saya sebagai seorang farmasis, untuk mendalami fakta demi menyokong keyakinan saya, dan tidak semata-mata bergantung kepada kepercayaan turun-temurun sahaja. Kini saya lebih yakin untuk menerangkan faedah pengambilan Pati Ayam BRAND’S® kepada pelanggan,” tambah beliau.

Pati Ayam BRAND’S® telah lama menjadi kegemaran berdasarkan kepercayaan dan pengalaman, terutama di kalangan generasi yang lebih tua. Bagaimanapun, pengguna masa kini lebih bijak dan mengutamakan bukti yang sah sebelum menaruh kepercayaan terhadap produk pilihan.

Sungguhpun kebaikan pati ayam telah banyak dikaji dan hasilnya diterbitkan di pelbagai jurnal, hari ini BRAND’S® berjaya berkongsi lebih banyak lagi maklumat penyelidikan bersama para farmasis dan pengguna melalui taklimat oleh Dr. Paramjeet Singh itu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *