(SEMASA) Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G: Pengalaman Paling Hebat untuk Semua

Spread the love

SEOUL, Korea – Mac 15, 2023Samsung Electronics hari ini telah melancarkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, dua telefon pintar inovatif yang memajukan lagi komitmen Samsung Galaxy untuk mencipta pengalaman mudah alih yang tiada berbanding. Tambahan terkini kepada siri Galaxy A yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang dan bergiat bersama lebih banyak aktiviti kegemaran dengan hayat bateri yang menjangkaui tempoh penggunaan lebih daripada dua hari[1].

“Pengalaman mudah alih yang termaju semakin diperlukan untuk kehidupan seharian,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Dengan penambah-baikan berterusan pada siri Galaxy A, kami komited meluaskan akses bagi inovasi transformatif kami kepada seramai mungkin orang di seluruh dunia.”

Tak Kira Siang atau Malam, Tangkap Gambar Hebat yang Dipertingkatkan dengan Alat Penyuntingan Kreatif

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G menyampaikan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang, dengan menggunakan keupayaan Nightography dan AI terkemuka Samsung Galaxy. Sama ada untuk rakaman swafoto yang sempurna atau bersambung melalui panggilan video yang tersangat lancar, Galaxy A54 menawarkan perincian visual yang menakjubkan berkat kamera hadapan 32MP.

Telefon pintar baharu ini menghasilkan video berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang hebat.  Dengan menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) yang mampu mencegah kekaburan akibat pengeggaran, pengguna boleh menghasilkan kandungan yang hebat dengan penuh keyakinan. Untuk pengembara si kutu embun dan penghasil kandungan dalam suasana pencahayaan malap, mod Malam membantu penangkapan visual yang lebih terperinci dengan memperluaskan saiz piksel kamera.

Bagi pertama kalinya untuk peranti dalam siri Galaxy A, pengguna juga boleh menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman dengan menggunakan alat penyunting imej yang dipertingkatkan.

Nikmati Prestasi Hebat dengan Paparan Mantap, 5G Pantas dan Bateri Berhayat Panjang

Kedua-dua peranti menampilkan paparan Super AMOLED yang mengasyikkan, bersaiz 6.4 inci[2] pada Galaxy A54 5G dan 6.6 inci[3] pada Galaxy A34 5G. Kedua-dua paparan ini telah dinaik taraf untuk memberikan keterlihatan yang menakjubkan, walaupun di bawah silau cahaya matahari. Dengan ciri Vision Booster yang dipertingkatkan dan kadar penyegaran semula 120Hz yang dipertingkatkan, paparan ini bersesuaian dengan pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza.

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G juga dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun[4]. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

Kekal Berhubung Tanpa Risiko Keselamatan

Pengalaman mudah alih hanya terjamin dengan kehadiran ciri keselamatan yang mantap. Dengan Samsung Knox, data anda kekal tertanggung dengan keselamatan mudah alih bertahap gred pertahanan. Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G memberikan pengguna akses kepada Papan Pemuka Keselamatan dan Privasi, untuk memantau bagaimana apl menjejak data dan membolehkan kawalan pengumpulan data yang tidak diingini secara mudah. Perkongsian fail penting yang mengandungi maklumat sensitif atau peribadi dengan tahap privasi dan kawalan tertinggi juga khusus dilindungi ciri Private Share[5]. Ciri ini membolehkan perkongsian fail hanya dengan penerima yang ditetapkan untuk had masa yang tertentu dan juga menawarkan perlindungan daripada tangkapan skrin tanpa kebenaran.

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G juga serasi dengan ekosistem Samsung Galaxy yang menyediakan pengalaman bersambung yang lancar antara peranti.

Harga dan Ketersediaan

Galaxy A54 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna, termasuk Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White. Galaxy A34 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna, termasuk Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver.

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy A, sila layari:

[1] Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata yang mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti terkadar (minimum) ialah 4,860mAh. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan rangkaian, corak penggunaan jumlah panggilan dan mesej, kekerapan pengecasan dan faktor lain.

[2] Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.4-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.3-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera.

[3] Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.6-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.4-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera.

[4] Standard 1 Tahun + 1 Tahun lanjutan waranti. Samsung berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menukar, mengubah suai, mengemas kini, menambah, menghentikan, mengalih keluar, menyemak semula, memadam atau sebaliknya menukar mana-mana bahagian terma dan syarat.

[5] Ciri Private Share memerlukan kedua-dua pengirim dan penerima menggunakan peranti mudah alih Galaxy yang dikuasakan Android 9 atau lebih baru dan juga apl Private Share.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *