(SEMASA) SARAPAN PENUH CERIA DI KFC BERSAMA SCHAWAL!

Spread the love

Pic 1

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2015 – Ianya merupakan pagi yang sungguh menyeronokkan bagi para pemenang peraduan “KFC Sarapan Bersama Schawal” apabila mereka diraikan oleh pasangan selebriti terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari di restoran KFC One Utama.

Peraduan yang berlangsung selama 11 hari ini bermula dari 2 November hingga 12 November 2015 telah menerima jumlah penyertaan yang amat menggalakkan dalam tempoh masa yang sungguh singkat. 10 pemenang dipilih berdasarkan gambar serta slogan menarik yang dikongsi di Facebook, dengan menampilkan salah satu daripada lima sarapan KFC kegemaran ramai iaitu set Classic Rice, Egg Riser, Zinger Riser, Twister Lite dan hidangan yang paling popular, Bubur Zinger.

Penyertaan ini telah diadili berdasarkan kreativiti dan keaslian: 50% bagi kreativiti slogan, 25% bagi imej, dan 25% bagi kongsian imej di Facebook. Pemenang yang terpilih kemudiannya telah diberi peluang bagi menikmati sarapan KFC lazat bersama pasangan selebriti terkenal di Malaysia iaitu Scha dan Awal.

“Bagi sesiapa yang tidak tahu, di KFC sebenarnya terdapat pelbagai lagi hidangan lazat selain ayam goreng kegemaran ramai. Set sarapan KFC bukan sahaja lazat dan berbaloi, malah ia juga mudah untuk dimakan. Terdapat banyak pilihan grab and go bagi mereka yang menggemari sarapan ringkas dan mudah,” kata Scha Alyahya yang juga merupakan peminat sarapan KFC.

“Kami amat gembira dengan sambutan yang diterima melalui peraduan ini. Para pelanggan KFC sungguh kreatif dan bersahaja apabila memuat naik gambar yang sememangnya sungguh menarik. Ada yang sanggup mendaki Bukit Broga semata-mata untuk mendapatkan pemandangan terbaik untuk peraduan ini! Kami berterima kasih atas sokongan peminat KFC semua dan kami pasti akan mengadakan lebih banyak lagi pertandingan seperti ini untuk semua peminat KFC di masa hadapan,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.

Tiga pemenang utama berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00, RM1,300.00 dan RM1,000.00 setiap seorang manakala tujuh lagi peserta telah berjaya membawa pulang wang saguhati bernilai RM200.00. Banyak aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan di majlis yang penuh ceria itu dengan pelbagai aktiviti permainan bersama pasangan selebriti tersebut termasuk juga aktiviti cabutan bertuah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *