(SEMASA) SELERA DESA NOSTALGIA 60’an – SAFFRON BRASSERIE, ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR

Spread the love

SELERA RAMADAN 2016 KL_thumbnail

12 Mei 2016, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur – Merancakkan sambutan Ramadan tahun ini dengan menggamit kenangan indah ‘Nostalgia 60an’ pasti pilihan yang tepat buat anda seisi keluarga.

Disajikan dengan kepelbagaian dan keenakan rasa daripada ‘Saffron Brasserie’ yang membangkitkan selera antaranya ialah Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi pilihan…..

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada seseorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari iaitu gabungan hebat di antara Chef Yohanis dan Chef Mariam.

Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. Beliau merupakan seniman serba boleh kerana bakat beliau sebagai seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip dan sebagainya. Kegemilangan seorang seniman yang tiada gantinya hingga kini walaupun telah lama meninggalkan kita, namanya masih disebut-sebut dan hasil karya seninya tetap mengambil tempat di persada seni tanah air.  Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan seni muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore’. Nama P. Ramlee mula digunakan apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada tahun 1947. `P’ pada nama seniman berkenaan merujuk pada `Puteh’, iaitu kependekan nama bapanya iaitu Teuku Nyah Puteh.

Seusai menjamu hidangan utama yang tersedia, puluhan manisan pencuci mulut disajikan seperti Kuih Melayu, Rempeyek, Tapai , Dodol, Wajik, Kerepek, Sago Gula Melaka, Puding Gula Hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim.

Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60an sepanjang bulan Ramadan.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Mei 2016. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 samb. 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032.

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *