(SEMASA) SEMUA PIZA PAN KEGEMARAN ANDA DARI RM5!

Spread the love

Pic2

Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan promosi terbaru mereka, “Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” yang memberi peluang kepada peminat setia mereka untuk menikmati kesemua 16 jenis piza yang lazat dari harga serendah RM5.00 untuk setiap piza, satu diskaun yang cukup hebat iaitu lebih 50 peratus!

 PIZZA42339 PHD14 RM5 Promo - Poster OL

“Di Pizza Hut, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada peminat setia kami. Cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan memberikan mereka peluang untuk menikmati kesemua piza kami pada harga yang sungguh menakjubkan!” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Kami juga faham bahawa kebanyakan orang sentiasa mencari hidangan lazat pada harga yang berpatutan untuk dikongsi bersama sahabat-handai dan juga keluarga tersayang. Dengan mengambil kira faktor ini, maka promosi ini dilancarkan,” tambah beliau.

Promosi terhebat dari Pizza Hut ini menjemput pelanggan untuk mencuba setiap jenis piza yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar yang terbaik, di atas kerak kegemaran ramai, iaitu piza pan. Pada harga serendah RM5.00, anda boleh menikmati piza personal (jimat sehingga RM6.80), RM10.00 untuk piza saiz biasa (jimat sehingga RM14.80), dan RM15.00 untuk saiz besar (jimat sehingga RM19.80). (Promosi ini juga ditawarkan untuk piza hand-stretched.)

 

Pelanggan boleh memilih daripada 16 jenis topping lazat, dari topping kegemaran ramai, Hawaiian Chicken dan Blazing Seafood kepada ciptaan terbaru seperti Meat Lovers Pesto dan pelbagai lagi. Promosi ini pasti memuaskan selera dan juga amat menjimatkan!

“Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” Pizza Hut ini terdapat di lebih 350 restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk khidmat bawa pulang sahaja dari 5 hingga 27 Januari 2015, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *