(SEMASA) SKECHERS™ MEMPERSEMBAHKAN CITY OUTLET BARU BERKELUASAN 6,600 KAKI PERSEGI TERBESAR DI ASIA TENGGARA DI PUSAT BELI-BELAH IPC

Spread the love

13 Disember 2017, Petaling Jaya: SKECHERS USA, Inc (NYSE:SKX), sebuah jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup kini membuka butik terbaru yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC yang terletak di Mutiara Damansara. Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak para pelanggan.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

“Kami sangat teruja bagi memperkenalkan butik bersaiz besar ini untuk mengetengahkan stail terkini disamping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung. Pembukaan Skechers™ City Outlet terbaru ini mencerminkan kedudukan jenama Skechers™ yang kian meningkat di pasaran tempatan sejak membuat kemunculan pertamanya di Malaysia” kata Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet yang terletak di pusat beli-belah IPC akan mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™. Bahagian dalaman butik dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat pembelian.

Vincent turut menambah, “Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi dalam rangkaian kedai konsep kami kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang mengikut pelan pemasaran yang telah dirancang sepanjang 2018 nanti”.

Menjelang tahun 2018, Skechers™ dengan penuh semangat bukan sahaja berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 jenama terbaik di dalam kategori fesyen kasut malah turut berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran bagi koleksi kasut untuk kegunaan berjalan. Skechers™ juga ingin memperkenalkan koleksi terbaharu dengan unsur-unsur lebih bergaya dan lebih selesa. Dalam masa yang sama, Skechers™ akan turut berkembang menerusi pembukaan 29 lagi butik baharu pada tahun depan sekaligus mencapai jumlah keseluruhan rangkaian jenama sebanyak 91 butik di Malaysia.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.skechers.com.my atau kunjungi ke laman Facebook Skechers™ di www.facebook.com/Skechersmalaysia/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Skechers™.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *