(SEMASA) SYOSS COLOR : Seleksi pewarna rambut terkini untuk supernova bergaya tersendiri

Spread the love

SyossColorgmo

SYOSS membawa anda melangkah ke gelombang baru pengalaman unik warna rambut anda dengan pelancaran pewarna rambut SYOSS COLOR. Pelengkap gaya setiap supernova bergaya terkini dan tersendiri, SYOSS COLOR menyerlahkan gaya tersendirimu.

 

SYOSS amat berbangga untuk mewarnai gaya hidup penuh gaya para wanita Malaysia dengan kehadiran SYOSS COLOR. Sebuah jenama yang menjadi fenomena gaya kepada para pengguna di Negara Eropah dan Asia, kini rangkaian SYOSS COLOR boleh didapati dipasaran Malaysia. SYOSS sebuah jenama yang arif tentang rambut wanita Asia, melengkapkan pengalaman rambut anda dengan rangkaian produk penjagaan, penata gayaan dan pewarna  rambut yang profesional. Berikan rambut anda sentuhan profesional tanpa perlu ke salun dan pada harga yang berpatutan”, Jelas Mr Tan Hock Guan, Pengurus Besar, Henkel Beauty Care Retail – Malaysia.

Rangkaian pewarna rambut SYOSS COLOR dicipta dan telah diuji oleh pakar rambut dan warna antarabangsa. Mereka telah mengilhamkan 8 rona warna yang menjadi trend gaya hidup penuh bergaya wanita Asia.

“SYOSS COLOR merialisasikan impian penglaman mewarna rambut sentuhan profesional tanpa perlu ke salun. Ia bukan sahaja memberikan peratusan warna profesional yang tinggi, ia mewarnai rambut putih dengan menyeluruh serta memberikan rambut anda kilauan yang melengkapkan gaya anda”, jelas Ms Christine Law, Pengurus Pemasaran Henkel Beauty Care Retail.

8 variasi pewarna SYOSS COLOR ini akan menjadi trend kepada warna rambut pilihan wanita Malaysia. Hasil kajian kami mendapati bahawa variasi warna ini adalah pilihan utama dalam memberi wajah baru kepada penampilan mereka. Lanjutan itu, sebagai sebuah jenama yang memahami rambut wanita Asia, kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Alia Bastaman, sebuah jenama fesyen mewah yang meraikan susuk tubuh unik setiap wanita. Padanan gaya  SYOSS COLOR ilham gaya signatur Alia Bastamam ini pasti menjadi trend gaya rambut dan fesyen wanita tahun ini.

Diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Januari 2014, SYOSS merupakan sebuah jenama produk penjagaan dan pengayaan rambut yang berkembang pesat di Malaysia.  Syoss mencipta fenomena virtual dengan menemukan para pecinta jenama ini dari seluruh Malaysia di laman facebook rasmi serta instagram Syoss Malaysia dimana pelbagai aktiviti

wahana kecantikan rambut daripada perkongsian tips penjagaan dan dadanan rambut sehingga memberikan para peminat setia jenama ini hadiah esklusif daripada SYOSS. SYOSS ingin menjadi jenama yang menjadi pelangkap kepada gaya hidup penuh gaya wanita Malaysia dan kehadiran SYOSS COLOR pasti melengkapkan dirimu.

Masa untuk transformasi SYOSS COLOR mu! Bergayalah dan serlahkan pesona gaya SYOSS COLOR mu hari ini!. SYOSS COLOR dipasarkan pada harga RM 25.90 dan SYOSS OLEO INTENSE dipasarkan pada harga RM 30.90  secara eksklusif di Farmasi Watsons, pasaraya hyper dan pasaraya utama seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai SYOSS dan SYOSS COLOR, jadilah sebahagian daripada komuniti SYOSS SUPERNOVA dengan melayari laman FB rasmi mereka www.facebook.com/SYOSSmalaysia dan instagram @syossmalaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *