(SEMASA) ULASAN GAJET ‘SAMSUNG GALAXY A73 5G’

Spread the love

Sekitar awal tahun 2022, Samsung telah melancarkan siri Galaxy A, iaitu Galaxy A73, Galaxy A53 dan juga Galaxy A33. Salah satu peranti dalam siri ini iaitu Samsung Galaxy A73 5G merupakan pengganti atau kesinambungan kepada salah satu telefon pintar model Galaxy A72.

REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN

Samsung Galaxy A73 5G didatangkan dengan kemasan daripada plastik Matte dibahagian belakang menjadikannya selesa di tangan dan bebas daripada cap jari pada peranti manakala ketebalan peranti adalah sekitar 7.6 mm dan beratnya mencapai 181 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP67. Ini bermakna peranti ini benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1 meter (kira-kira 3 kaki) selama tempoh 30 minit.

PAPARAN PERANTI

Samsung Galaxy A73 5G didatangkan dengan panel skrin Super AMOLED + bersaiz 6.7 inci HD Penuh (Full HD) dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2400 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 800 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 5.

CHIPSET DAN PRESTASI

Samsung Galaxy A73 5G dikuasakan dengan chipset Snapdragon 778G (6NM) dengan gabungan GPU Adreno 642L.  Dipasang di dalamnya 8 GB RAM yang boleh ditambah sehingga 8 GB menggunakan ciri RAM Plus secara maya. Peranti ini jugak didatangkan dengan kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 12, One UI 4.1. Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini software untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun ( sekurang-kurangnya sehingga kemaskini Android 15 ) di dalam memastikan keselamatan data pengguna.

KAMERA DAN LENSA

Samsung Galaxy A73 5G didatangkan dengan sejumlah 4 kamera di bahagian belakang iaitu kamera jenis 108 MP F/1.8 (WIDE) dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE), 5 MP/F2.4 (MACRO) serta 5 MP/F2.4 (DEPTH). Peranti ini menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS dengan bantuan fungsi  gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera dalam menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 32 MP F/2.2 (SELFIE) dan menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS.

AUDIO

Samsung Galaxy A73 5G didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mengekalkan port 3.5 mm Audio Jack seperti peranti model lama.

BATERI DAN PENGECASAN

Samsung Galaxy A73 5G mempunyai bateri berkapasiti  5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger).  Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendapatkan sekitar 46% kuasa bateri atau sekitar 90 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100%  dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.

LAIN-LAIN

Samsung Galaxy A73 5G dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 6 dan Bluetooth 5.0 serta sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G. Terdapat port sambungan jenis TYPE-C dan kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger). Terdapat pilhan tiga warna untuk model ini iaitu Awesome Grey, Awesome Mint dan Awesome White. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin.

RUMUSAN

Kesimpulannya, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A73 5G adalah baik walaupun harganya agak tinggi sekitar RM2,099 seunit dan tidak didatangkan bersama pengecas penyesuai plag TYPE-C tetapi ia masih merupakan salah satu telefon pintar kelas pertengahan terbaik yang boleh anda beli.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *