(SEMASA) USAHAWAN PUBLIC GOLD DIRAI DALAM MAJLIS GILANG GEMILANG

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 JANUARI 2024 – Usahawan Public Gold diraikan dalam majlis gilang gemilang dalam acara “Diamond Recognition Ceremony” bagi tahun kewangan 2022/2023. Selaku sebuah Syarikat pertama di Malaysia dalam industri logam berharga seperti emas dan perak, Public Gold telah menganjurkan majlis tersebut dengan dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold yang juga sebagai Penasihat Kehormat Kazakhstan, Dato’ Wira Louis Ng ditemani isteri Datin Wira Yvonne Lim selaku Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, Bersama-sama dengan Mr Jerry Ng selaku Pengerusi Majlis yang juga memangku jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PGMall. Tidak dilupakan barisan Pegawai Pengurusan Tertinggi Kumpulan Public Gold yang turut menyerikan majlis pada hari tersebut.

Sejak tertubuhnya syarikat Public Gold sejak tahun 2008, pelbagai kejayaan ditempa sehingga kini telah mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Terkini, sebanyak 1.2 juta pelanggan berdaftar dari seluruh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Public Gold terus melakar kejayaan bersama-sama dengan usahawannya terutama mereka yang telah berjuang sejak hari pertama sehingga kini kira-kira hampir 16 tahun. Public Gold juga telah melahirkan ramai usahawan yang telah berjaya dalam hidup dengan pelbagai latar belakang tanpa mengira usia.

Segala kejayaan yang dikecap sehingga kini adalah berkat usaha berterusan dan kesungguhan yang tidak pernah luntur meski pelbagai dugaan mendatang. Public Gold yakin bahawasanya setiap usaha yang diberikan oleh usahawannya perlu diraikan sama ada dari segi pemberian insentif kewangan mahupun percutian mewah demi merealisasikan impian mereka. Itulah rahsia bagaimana usahawan Public Gold kekal dan percaya dengan kestabilan syarikat sehingga kini.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 Acara “Diamond Recognition Ceremony” dianjurkan bagi tahun kewangan 2022/2023. Inilah hari di mana seorang usahawan yang digelar “5-Star Diamond” diraikan bagi kejayaan yang memberangsangkan pada tahun sebelumnya. Beliau merangkul keseluruhan anugerah bernilai RM666,021.00.

Seorang usahawan yang bukan sahaja konsisten dalam melebarkan empayar bisnesnya, tetapi jug? sebagai seorang penulis buku kewangan, En. Mohd Zulkiflie bin Shafie. Kejayaan yang manis ini diraikan bersama tsteri tercinta beliau Pn. Najdah binti Mohammed Hussain yang terus setia bersama dan sa ng pekerjasama dalam bisnes Public Gold.

Selain itu, turut diraikan sebagai “3-Star Jade” adalah En. Muhammad Syarifuddin bin Mohd Jamil bersama-sama dengan isterinya Pn. Syamimi Nur Agila binti Awaluddin. Dan pasangan seterusnya yang diraikan adalah En. Muhammad Azam Amiri bin Mohd Raffi bersama isteri Pn. Raziatul Madiah binti Osman. Inilah bukti bahawa kejayaan tidak mengkhianati usaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Anugerah seterusnya “3-Star Pearl” dianugerahkan kepada Pn. Marlia binti Ramli bersama suami tercinta En. Ahmad Fuad bin Mohamed Arif; bersama-sama Dr. Mu’az bin Mahadzir dan isterinya Dr. Nur Izleen binti Rosli, dan akhir sekali En. Muhammad Azim Aliif bin Mohd Zuki ditemani isteri Pn. Siti Nur Saodah binti Shamsul di mana kedua-dua pasangan ini membina perniagaan ini sejak di bangku pengajian tinggi dan terus bersemangat membina empayar bisnes sehingga kini.

Selain itu, anugerah “2-Star Pearl” telah diberikan kepada En. Mohamad Hafiz bin Shafie bersama isterinya Pn. Noor Hafizah binti Hassan. Manakala anugerah “1-Star Pearl” diberikan kepada En. Amir Fairuz bin Abdul Aziz. Kejayaan memberangsangkan ini adalah bukti segala kesungguhan yang diberikan dalam sesuatu perkara pasti membuahkan hasil.

Acara kemuncak pada tahun ini adalah buat En. Mohd Zulkiflie bin Shafie dan isteri tercinta Pn. Najdah binti Mohammed Hussain yang merangkul 3 hadiah sekaligus pada hari tersebut ijaitu RM112,021.00 wang tunai bagi “Bonus Diamond”, RM54,000.00 bagi kategori “First Time Qualifying Leadership Pin” dalam bonus tahunan, dan hadiah utama yang paling berharga iaitu “Bungalow Fund “ atau Dana Rumah bernilai RM500,000.00.

Memetik ucapan Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas and Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold berkata, “Di Public Gold, kami percaya bahawa penghargaan yang diberikan buat kesemua usahawan yang berusaha keras dan menunjukkan prestasi cemerlang saban tahun ini adalah perlu demi meraikan kesetiaan mereka terhadap syarikat. Segala kejayaan yang dikecapi oleh Public Gold sehingga kini adalah berkat usaha dan komitmen mereka yang berterusan demi mencapai kebebasan kewangan dalam hidup mereka. Justeru itu, kami berbesar hati untuk menghargai kesemua usahawan yang diraikan pada hari ini dengan pelbagai anugerah dan hadiah. Diharapkan ini dapat menjadikan pembakar semangat buat usahawan yang lain untuk terus berusaha dan Berjaya dalam bisnes Public Gold.

Legasi yang terbina selama 16 tahun ini diteruskan dengan pengenalan modul bisnes terbaru menerusi Gold ATM yang juga mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Record sebagai Gold ATM pertama yang dihasilkan oleh anak tempatan. Secara tidak langsung, kewujudan Gold ATM menjadi revolusi dalam pembelian logam berharga seperti emas yang boleh dijadikan sebagai simpanan mahupun cenderahati. Lebih-lebih lagi, Gold ATM kini mudah didapati di 20 lokasi seluruh negara dan juga di lokasi strategik seperti Lapangan Terbang Subang dan juga di kompleks beli belah.

Tuntasnya, Public Gold kini bersedia untuk meluaskan lagi pasaran sehingga ke Asia Tenggara dengan kejayaan menakluki Indonesia dengan kepadatan penduduk sehingga 277 juta rakyat di sebanyak 5 daerah iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Banjarbaru dan Surabaya. Selain itu, Public Gold juga telah menerima pengiktirafan dari the Singapore Bullion Market Association sebagai ahli Foreign Asssociate terutamanya di hub bisnes antarabangsa Singapura.

Sebarang makiumat lanjut berkenaan Public Gold dan produk berkaitan sila layari laman web www .publicgold.com.my atau hubungi +6011-1095 2916 untuk bercakap dengan pegawal khidmat pelanggan PG


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *