(SEMASA) VISI DAN NALURI IBU MENYEMARAKKAN LAGI PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP

Spread the love

SUBANG JAYA, 29 MAC 2018 – Program Keusahawanan lbu Nakhoda Hidup usahasa Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN girls) kembali buat tahun ke-empat bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada ibu-ibu usahawan di seluruh Malaysia

Program yang merupakan la njutan daripada Tabung Hulurkan Harapan P&G dan MYDIN sejak 2015 ini bermatlamat untuk mencapai lebih banyak lagi organisasi dan institusi perniagaan serta universiti bagi menyediakan perkhidmatan mentor kepada wanita-wanita di dalam program ini di samping bersama-sama berkongsi ilmu di dalam merangka perkembangan perniagaan mereka melalui aktiviti-aktiviti jangkauan masyarakat ketika program ini menjelajah ke 10 tapak MYDIN di seluruh negara bermula dari 16hb Mac sehingga 20hb Mei 2018.

Majlis pelancaran ini juga mempersembahkan satu pameran perjalanan Ibu Nakhoda Hidup dengan penampilan khas dari kesemua alumni lbu Nakhoda Hidup sepanjang tiga tahun di dataran Mydin USJ, Subang Jaya yang juga ibu pejabat Mydin Mohamed Holdings. Lebih kurang 60 usahawan hadir bagi memeriahkan majlis serta melawat pameran tersebut yang dibawakan khas hanya untuk satu hari sahaja.

Jelajah lbu Nakhoda Hidup juga akan dibuka di Mydin USJ tersebut bermula Jumaat 30hb Mac sehingga Ahad 1hb April 2018 di mana ibu-ibu usahawan daripada Lembah Klang dan Selangor dapat menghantarkan penyertaan mereka bagi tahun ini pula. Antara yang hadir adalah Datuk Yatimah  Sarjiman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dari dan Masyarakat, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad; Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad; Cik Jennis Tan, P&G Malaysia Modern Retail Leader; dan Puan Low Ngai Yue Presiden dan Pengasas Pertubuhan WOMEN:girls.

Di majlis tersebut, Cik Jennis Tan berkata, Tahun lepas, kami menerima 163 penyertaan lbu Nakhoda Hidup dari seluruh negara dan lima pemenang telahpun dipilih oleh pihak MYDIN, P&G dan WOMEN girls. Mereka adalah Nur Syuhada Amran dan Jasmine Aliya Ho; Anita Othman; Azizah Ahmad, Haimisah Mahli dan Saptuyah Abang.

Orang ramai juga dijemput untuk menyertai peraduan gambar mingguan di Instagram dengan mengenalpasti pasukan Ibu Nakhoda Hidup yang berada di MYDIN ketika Jelajah lbu Nakhoda Hidup diadakan dan mengetag tiga usahawan tempatan yang mereka kenal dari Kawasan tersebut. Tiga pemenang bertuah akan pulang dengan Baucar Beli-Belah MYDIN bernilai RM50 dengan hadiah utama Baucar Beli-Belah MYDIN bernilai RM 1,500. Pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2018 juga sudah bermula dan borang penyertaan dan bantuan perundingan boleh didapati di tapak Jelajah lbu Nakhoda Hidup di lokasi-lokasi MYDIN terpilih.

Untuk maklumat lanjut bagi tarikh dan lokasi Jelajah lbu Nakhoda Hidup 2018, sila ikuti @MydinMalaysia di Instagram dan layati www.mydin.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *