(SUKAN) BHPetrol Orange Run Kembali Buat Tahun Ke-14

Spread the love

PETALING JAYA, 3 November, 2019 – BHPetrol Orange Run kembali buat tahun ke-14 berturut-turut! Larian tahunan yang dianjurkan oleh BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Affin Bank ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat di samping membantu mereka yang memerlukan.

Encik Azizul Azily Ahmad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol berkata, “Kami teruja kerana dapat menganjurkan edisi ke-14 Orange Run. Selama ini kami berjaya menggalakkan orang ramai mengeluarkan peluh untuk mencerdaskan minda dan mencergaskan badan sambil menyediakan platform untuk mereka menabur budi kepada masyarakat dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kami terharu melihat beribu-ribu peserta berkumpul di sini untuk bergembira dan membantu usaha amal. Kami berharap larian ini akan terus mendapat sokongan pada tahun-tahun yang akan datang.”

Sejajar dengan komitmen BHPetrol untuk menabur bakti kepada masyarakat, Y.Bhg. Lt. Jen. Dato’ Pahlawan Hj Khairuddin bin Hj Mat Yusof (B), Pengerusi BHPetrol menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada tiga rumah kebajikan, iaitu Teratak Nur Barakah, House of Love dan Rumah Shalom, dengan setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000.

Orange Run sejauh 11 kilometer pada tahun ini yang bermula di the Curve, Mutiara Damansara, telah menarik kira-kira 5,000 pelari yang terdiri daripada peserta baharu dan veteran. Larian dibahagikan kepada lapan kategori, iaitu Terbuka Lelaki & Veteran, Terbuka Wanita & Veteran, Kanak-kanak Lelaki & Kanak-kanak Perempuan dan Terbuka Antarabangsa Lelaki & Wanita bagi menggalakkan pelari daripada segenap lapisan hidup untuk mengambil bahagian. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta baucar BHPetrol.

Keluarga serta sahabat telah hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan serta memeriahkan lagi larian dan menambah keceriaan acara. Pelbagai aktiviti lain juga dilangsungkan untuk menghiburkan orang ramai, termasuk tawaran dan pemberian sampel produk F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Nestlé, Chek Hup Coffee, Affin Bank dan banyak lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *