(SUKAN) BINTANG TAEKWONDO MUDA BERTARUNG UNTUK REBUT KEJUARAAN TAEKWANDO JUNIOR Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14  

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2019 – Pertandingan Zon Tengah Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14 2019 telah dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Juara Bukit Kiara hari ini.  Hampir 500 atlet Taekwondo muda akan bersaing untuk merebut tempat untuk memasuki Pusingan Akhir!

Pertandingan Zon Tengah menyaksikan 490 atlet Taekwondo dari 19 Kelab Taekwondo di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut serta, yang terdiri daripada 201 perempuan dan 289 lelaki. Sementara itu, 203 daripada peserta berusia antara 7 hingga 9 tahun manakala 287 peserta berusia 10 hingga 12 tahun.

Kelab Taekwondo Koryo sekali lagi muncul Juara bagi Zon Tengah selepas berjaya mengumpul 19 emas, 10 perak dan 10 gangsa, manakala Kelab Smart MA muncul naib juara dengan 4 emas, 4 perak dan 8 gangsa.  Menyumbang kepada kejayaan Koryo Taekwondo Club ialah Muhammad Asyraff Haiqal dan Auni Syakirah, yang membawa pulang Anugerah Prestasi Terbaik untuk kanak-kanak lelaki berumur 10 hingga 12 tahun dan perempuan berumur 7 hingga 9 tahun. Sementara itu, rakan peserta Akid Muqri bin Mustazah dari Smart MA Club dan Amni Hafiya Hanif dari TYC Club menerima Anugerah Prestasi Terbaik untuk kanak-kanak lelaki berusia 7 hingga 9 tahun dan perempuan berumur 10 hingga 12 kategori.

YBhg Encik Zainal Abas, Pengarah Bahagian Sukan, Menteri Pendidikan Malaysia merasmikan majlis penutup dan penyampaian pingat. Beliau berkata, “Kementerian Pendidikan amat sukacita melihat Nestlé KOKO KRUNCH® memberikan komitmen kukuh terhadap pembangunan Taekwondo di peringkat akar umbi di Malaysia. Sebagai inisiatif seluruh negara, Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14 2019 memberi peluang kepada para peserta untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran mereka sejak kecil. Dengan sokongan padu seperti ini, saya yakin Taekwondo boleh menjadi sukan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia dan saya harap para peserta muda kita yang hadir di sini pada hari ini akan dapat memperlihatkan potensi penuh mereka.”

Dianjurkan pada 2006 dengan matlamat menggalakkan kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14 2019 diadakan selaras dengan matlamat Nestlé untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Antara komitmen penting Syarikat adalah menggalakkan pemakanan yang sihat, dan sesungguhnya perubahan positif perlu digalakkan dalam kalangan kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk amalan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sejak usia muda.

En. Laurent Therond, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Rakan Bijirin ASEAN berkata, “Kajian tentang tabiat pengambilan sarapan dan status pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa pemakanan ialah faktor penting dalam prestasi akademik. Justeru, usaha menyemai amalan mengambil sarapan dalam kalangan rakyat Malaysia dari usia muda perlu diberi penekanan. Sejajar dengan itu dan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan anak muda Malaysia, produk Bijirin Sarapan Nestlé kami diperbuat menggunakan bijirin penuh sebagai ramuan utama dan mengandungi vitamin dan mineral penting.”

“Kami memberikan komitmen penuh untuk menyokong acara seperti Kejohanan Taekwondo Junior, yang menggalakkan kanak-kanak bergiat aktif. Acara ini merupakan platform yang mengasah bakat juara masa depan dan kami berbesar hati untuk memberikan sumbangan positif kepada pembangunan kanak-kanak Malaysia menerusi sukan,” rumus En. Laurent.

Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14 2019 akan dianjurkan di lima zon serantau. Pertandingan Zon Selatan bermula di Melaka pada 9 Mac dan Zon Utara akan diadakan di Pulau Pinang pada 13 April, manakala Zon Pantai Timur diadakan di Pahang pada 28 April. Di samping itu, Singapura juga akan menganjurkan satu Kejohanan dan semua pemenang pingat Singapura akan dijemput ke Pusingan Akhir di Kuala Lumpur pada 6  Julai untuk bersaing merebut Piala Pusingan Tunku Imran.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *