(SUKAN) CHONBURI FC ANTARA 12 PASUKAN DALAM Kejohanan Piala Asia Bawah-16 Tahun 2014

Spread the love

Image 1

Kejohanan Piala Asia Bawah-16 Tahun 2014 yang buat julung kalinya dianjurkan tahun ini akan menampilkan 12 pasukan terbaik dari rantau  Asian dalam memburu trofi berprestij dan habuan wang tunai AS$100,000 (RM330,000).

Dianjurkan Frenz United Football Club (FUFC) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), trofi bawah 16 Asia adalah versi Trofi Juara-Juara Bawah 15 Asean 2013 yang dinaik taraf sebagai pentas utama untuk mencungkil bakat terbaik remaja di rantau ini.

Kejohanan itu, yang bakal dilangsungkan buat tahun kedua berturut-turut, meliputi tempoh empat bulan bermula 17 Mei sehingga 30 Ogos dan akan dilangsungkan di 11 stadium meliputi seluruh benua Asia menerusi format timbal balik.

Pusingan separuh akhir timbal balik pertama akan dilangsungkan pada 9 Ogos disusuli timbal balik kedua pada 16 Ogos. Perlawanan akhir timbal yang juga dilangsungkan menerusi format timbal balik juga dijadualkan pada 23 dan 30 Ogos 2014.

Home United FC dari Singapura, PFV Vietnam, pendatang baru, skuad kebangsaan AIFF bawah 16 India, Frenz United Indonesia, Frenz United Malaysia ‘A’ dan skuad kebangsaan bawah 16 Timor Leste juga diundi dalam Kumpulan A.

Juara bertahan, Chonburi FC dari Thailand, yang menewaskan Frenz United ‘A’ (agregat 4-1) pada final 2013, berdepan saingan Frenz United Malaysia ‘B’, Lao Toyota (Laos), Mandalay United FC (Myanmar) dan pendatang baru, Phnom Penh Crown FC (Kemboja) dan PFA Guangdong (China) dalam Kumpulan B.

“Semestinya kami gembira dengan sambutan yang menggalakkan diberikan kepada Trofi Juara-Juara bawah 16 yang menyaksikan penyertaan pasukan dari 11 negara,” kata Presiden Kelab Bola Sepak Frenz United, Dato’ Noor Ihsan Hamid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

“Frenz United FC memiliki visi iaitu untuk memperkembangkan bakat pemain kami di peringkat remaja dan dengan penganjuran Trofi Juara-Juara Bawah 16 2014, ia akan bertindak sebagai pentas memberikan pendedahan terbaik berdepan pasukan yang bagus. Kami berharap dengan usaha ini, mereka akan menggunakan peluang yang diberikan untuk memperkembangkan bakat mereka dan seterusnya mewakili negara masing-masing pada masa akan dating,” tambahnya.

Dia turut mendedahkan kesemua perlawanan di tempat sendiri membabitkan pasukan Malaysia akan dlangsungkan di Stadium Frenz di Janda Baik, Pahang.

Dengan sejumlah 68 perlawanan sepanjang kejohanan, Trofi Juara-Juara Bawah 16 Asia dianggap penting buat perkembangan bola sepak remaja di Asia. Trofi Bawah 15 Asean 2013 merekodkan jumlah dua juta penonton dari Malaysia dan Indonesia.

“Dengan populariti yang semakin meningkat, kami percaya Trofi Bawah 16 Asia akan menerima sambutan hangat daripada peminat dengan penyiaran 40 perlawanan secara langsung termasuk 10 yang membabitkan pasukan Malaysia. Kami yakin jumlah penonton TV dan sokongan peminat di stadium akan mencapai angka yang tinggi tahun ini,” kata Dato’ Noor Ihsan.

Kejohanan tahun ini turut menyaksikan penyertaan daripada dua negara dengan populasi paling ramai di dunia, India dan China. Selain itu, ia adalah kali pertama yang bakal menyaksikan penyertaan dua negara ini dalam kejohanan sama di Asia.

ACT memiliki perjanjian dengan 11 stesen penyiar dari seluruh negara yang menyertai untuk menyiarkan perlawanan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Secara ringkas, hampir 40 perlawanan sepanjang kejohanan akan disiarkan menerusi kaca televisyen dan ini akan menaikkan jumlah liputan media bagi kategori kejohanan bawah 16. Secara kiraan kasar, ini bermakna sejumlah 3 bilion pen.

Dato’ Noor Ihsan mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan rakan penaja termasuk WCT Group, FAM dan AFC atas segala usaha mereka menjayakan  Frenz United Football Club daripada satu mimpi dan visi ke realiti.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, juga senada dengan  Dato’ Noor Ihsan apabila berkata bahawa Trofi Bawah 16 Asia adalah pentas terbaik untuk memperkembangkan bakat pemain remaja sebelum mereka menceburi peringkat profesional.

“FAM mahu mengucapkan tahniah kepada Frenz United FC atas visi dan komitmen mereka dalam menganjurkan kejohanan sebegini. Apa yang mereka lakukan seharusnya dipuji dan FAM akan sentiasa menyokong usaha sedemikian,” kata Datuk Hamidin.

Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik bertindak sebagai medan latihan program pembangunan remaja di bawah penyeliaan staf kejurulatihan professional berkelayakan.

Sejumlah 50 pemain sudah mendaftar diri dalam Akademi Frenz United FC. Namun, staf kejurulatihan sudah mengurangkan skuad itu kepada 32 pemain selepas Trofi Juara-Juara Bawah 15 Asean 2013.

“Ini untuk memastikan fokus utama Frenz United memperkembangkan skuad mantap bagi masa akan datang berada pada landasan dengan kelompok terbaik pemain dalam pelan pembangunan,” kata Dato’ Noor Ihsan.

Trofi Juara-Juara Bawah 16 Asia 2014 juga bertindak sebagai medan pendedahan buat pasukan kebangsaan sebelum mereka turun bersaing bagi Kejohanan Bawah 16 AFC di  Thailand, September ini.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *