(SUKAN) ERAVAGANZA #jajahanbola SATUKAN SELEBRITI POPULAR TANAHAIR DENGAN PENDUDUK TEMPATAN!

Spread the love

10403565_10153284786392345_1989068466088325383_n

Sabtu lalu 24 Januari, telah berlangsungnya acara ERAvaganza #jajahanbola yang di anjurkan oleh pihak stesen ERA fm . Acara ini adalah bersempena acara tahunan yang dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan sambil berhibur dikalangan masyarakat Malaysia. Seperti tahun-tahun lalu acara sebegini sentiasa  mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, para pendengar  dan secara tidak langsung ERA fm memberikan penekanan terhadap suka bolasepak yang kini semakin menjadi bahan bualan.

10492341_10153284686577345_6954624688630065175_n

Selain itu, acara ini merupakan sebuah acara sukan dan hiburan yang  melibatkan beberapa selebriti popular tanah air, penyampai radio , pemain bolasepak tempatan dan pendengar setia ERA fm. Stadium Batu Pahat, Johor dipilih menjadi sasaran ERAVAGANZA #jajahanbola adalah kerana penduduknya yang sangat bersemangat. Pada hari tersebut, perlawanan akhir menyaksikan pasukan ERAVENGERS yang berentap dengan penduduk Batu Pahat yang diberi nama Zyzou FC dan kemenangan adalah milik pasukan ERAVENGERS dengan memperolehi 2 – 1. Penyerang ERAVENGERS yang di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang telah berjaya menjaringkan gol pertama dan kedua adalah Zainal Abidin Rawop dan Sharil Arsat.

1658351_10153285108372345_7674009637338306837_o

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Encik Nazri Noran berkata,

“Sekali lagi kami bawakan acara sebegini yang ternyata akan mendapat sambutan positif dari pelbagai pihak termasuklah artis-artis populat tanahair, pemain bolasepak tempatan, penduduk setempat dan ramai lagi. Kami amat berpuas hati kerana dengan adanya acara sebegini, masyarakat secara tidak langsung dapat memupuk semangat kesukanan secara berkumpulan mahupun individu. Bukan sekadar berhibur, tetapi matlamat ERAVAGANZA #jajahanbola pada tahun ini lebih mementingkan semangat satu padu masyarakat. Tumpuan kali ini berbeza dengan tahun-tahun lalu, kami memilih penduduk tempatan yang berkelayakan untuk turut serta bermain bolasepak bersama barisan penyampai radio, selebriti-selebriti dan bekas pemain bolasepak tempatan sebagai peluang untuk beramah mesra dan sebagai tanda penghargaan keluarga ERA fm kepada pendengar setia yang sentiasa menyokong stesen ini

10924632_10153285108712345_3441597593552056021_o

Selepas acara perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan ERAVENGERS dan penduduk tempatan, penonton dihiburkan oleh persembahan artis terkenal seperti kumpulan Lawa Ni Gang, Faizal Tahir, Mark Adam, Qierra dan Jow Flizzow kira-kira tamat pada jam 7 malam. Persembahan yang dimulakan dengan kumpulan Lawa Ni Gang mendapat sambutan meriah apabila mereka menyanyikan lagu popular Jom Ke Pasar Malam. Seterusnya, Mark Adam mengambil alih pentas dengan menyanyikan 3 buah lagu popularnya Pencuri, Marry Me dan Senyum Lagi duet bersama Qierra. Tidak ketinggalan, Faizal Tahir yang turut hadir bagi memriahkan acara tersebut menyampaikan beberapa buah lagu antaranya Assalamualaikum, Senyum.  Akhir sekali, sebagai penutup acara, ERA fm membawakan Joe Flizzow di atas pentas dan beliau menyampaikan lagu-lagunya yang semakin menjadi siulan seperti Apa Khabar dan terbaru berjudul Baek.

Jangan lupa! Saksikan perlawanan bolasepak persahabatan dan konsert ERAVAGANZA #jajahanbola bakal menemui penduduk Klang pada hari Sabtu ini, 31 Januari 2015 bermula jam 3 petang hingga 7 malam di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *