Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah. Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad. Read more →