(SUKAN) Kejohanan Futsal Terbuka Selangor (FUTSBACE) 2016

Spread the love

14625282_10202344753776154_1514949611_nHADIAH keseluruhan berjumlah RM3,000 menjadi rebutan pada Kejohanan Futsal Terbuka Selangor (FUTSBACE) 2016 yang akan berlangsung di gelanggang futsal U One Sport Centre Bukit Raja, Klang bakal diadakan, bermula 5 November 2016 dan pusingan akhir pada 12 November ini.

Kejohanan yang dianjurkan Arts, Creative & Entertainment (ACE) itu mempertandingkan kategori terbuka untuk lelaki berumur 18 tahun ke atas untuk 180 kumpulan sahaja. Pasukan wanita juga turut dialu-alukan.

Ia dikhususkan kepada para belia yang boleh membawa perubahan kepada negara ini dengan gaya hidup sihat melalui sukan futsal. Masa depan negara kita terletak di tangan belia kita!

Anjuran sebegini dapat mencungkil bakat dan potensi pelapis-pelapis muda dalam arena futsal di mana kami berhasrat untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan di negeri Selangor.

Pihak Arts, Creative & Entertainment (ACE) berharap semua pemain futsal tidak kira yang telah lama beraksi, amatur ataupun baru sahaja menubuhkan pasukan dapat turun beraksi pada kejohanan ini kelak.

Tujuan ACE menganjurkan kejohanan ini merupakan langkah terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan belia-belia Selangor yang datang dari pelbagai bangsa dan industri.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta pingat, naib juara RM2,000 berserta pingat manakala pemenang tempat ketiga akan menerima RM1,000 berserta pingat, manakala tempat keempat pula akan menerima wang tunai RM700 dan pingat.

Juara bagi kategori wanita pula akan membawa pulang wang tunai RM700, piala juara dan pingat, naib juara RM400 berserta pingat manakala pemenang tempat ketiga akan menerima RM200 dan pingat.

Tempat keempat pula akan menerima RM100 dan pingat manakala pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan akan menerima RM50 serta pingat.

Penyertaan hanyalah RM200 untuk satu pasukan yang berminat masih boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi urus setia di talian 013-690 2701 (Sufi) sebelum 30 Oktober 2016.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *