(SUKAN) Kejohanan Pejuang Strok Yang Pertama Di Malaysia Oleh Persatuan Strok Kebangsaan (Nasam)

nasam_01Petaling Jaya, 19 Oktober 2016 – Persatuan Strok Kebangsaan (Nasam) bakal menganjurkan Kejohanan Pejuang Strok yang pertama sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan persatuan itu.

nasam_02Kejohanan yang bakal diadakan pada 4 Mac 2017 itu direka khusus agar bekas penderita strok boleh menyertai pelbagai acara sukan yang berada dalam skop keupayaan mereka.

Inisiatif perintis ini akan memberi pendedahan kepada semua pihak terhadap keupayaan menakjubkan oleh bekas penderita strok dan menyedarkan orang ramai bahawa harapan masih ada untuk mereka untuk menjalani kehidupan yang baik selepas diserang angin ahmar.

nasam_03Kejohanan ini juga seiring dengan kekuatan semangat dan innovasi NASAM selaras dengan moto persatuan iaitu “Ada Kehidupan Selepas Strok” .

“Kejohanan Pejuang Strok diilhamkan daripada keyakinan bahawa bersukan dan beriadah membawa manfaat kepada otak,” kata Pengerusi dan Pengasas NASAM, Janet Yeo yang juga merupakan bekas penderita strok.

“Kejohanan ini juga akan menjadi sebuah platform di mana para penderita strok akan dapat mengatasi cabaran akibat serangan angin ahmar dan memberi mereka semangat untuk bersaing sesama sendiri dengan semangat kesukanan dan setiakawan.

“Penting bagi mereka yang telah diserang angin ahmar untuk menjalani proses penyembuhan yang agresif. Penyertaan dalam sukan atau kejohanan bukan sahaja akan memperbaiki daya kognitif ia juga dapat meningkatkan kecekapan tubuh dan keupayaan orientasi ruang.

“Selain itu, aktiviti berkenaan juga mempunyai kebaikan terapeutik seperti mengurangkan tekanan, membina semangat berpasukan dan memperbaiki kemahiran sosial,” tegas Janet.

nasam_04Menurut beliau, Kejohanan Pejuang Strok berkenaan merupakan titik penting untuk membawa NASAM dan mereka yang berjaya mengatasi strok ke tahap yang lebih tinggi.

“Kejohanan ini selaras dengan misi NASAM untuk terus memangkinkan permulaan baharu bagi mereka yang berjaya mengatasi strok melalui program-program holistik yang khusus untuk menangani angin ahmar.

“Ia merupakan satu ingatan kepada para penderita dan keluarga mereka untuk tidak sesekali berputus asa. Acara ini juga akan menunjukkan kepada para penderma dan orang ramai, dengan motivasi serta sokongan penuh dedikasi, pesakit strok mampu sembuh dengan menakjubkan. Inilah peluang bagi mereka untuk melihat kejayaan bekas penderita strok mengatasi kesan strok sebagai juara yang penuh keberanian bagaikan seorang adi wira,” kata Janet.

Kejohanan Pejuang Strok ini bakal dilangsungkan di Kompleks Sukan Panasonic National di Shah Alam dan akan menyaksikan penyertaan oleh hampir  800 bekas penderita strok, keluarga dan rakan-rakan daripada sembilan kelan NASAM dari seluruh Negara.

Sejumlah 34 acara sukan akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut dan akan dibahagikan kepada lapan acara individu dan 26 cabaran berpasukan. Antara acara yang dipertandingkan ialah ping pong, dart, boling, karom, jalan berhalangan, lari berganti-ganti dan bola jaring.

“Setiap acara dalam Kejohanan Pejuang Strok ini telah diubahsuai untuk keselamatan bekas penderita strok. Tahap ubah suai adalah berdasarkan tahap keseriusan dan kesan strok.

“Sebagai contoh, lontaran bola jaring dan dart akan dibuat secara berdiri dan duduk,. Oleh itu, tidak kira sama ada anda berkerusi roda mahupun mampu berjalan sendiri, pengalaman menyertai acara ini pastinya akan menyeronokkan dan dalam masa sama membantu proses penyembuhan,” tambah Ketua Latihan Penyembuhan NASAM, Qamer Iqbal Khan.

nasam_05Bagi menjadikan Kejohanan Pejuang Strok ini satu kenyataan, NASAM sedang dalam usaha mengumpul dana sumbangan organisasi dan individu dalam bentuk tunai mahupun peralatan khas termasuklah hotel penginapan untuk bekas penderita strok dan penjaga mereka, baju T, trofi dan pengangkutan.

Sebagai imbal balas, para penaja akan dinyatakan pada bahan-bahan promosi seperti baju T, topi, panji-panji dan kain rentang serta di  laman web rasmi NASAM. Semua sumbangan tunai akan dikecualikan daripada cukai.

“Kami mahu menjadikan Kejohanan Pejuang Strok ini satu kebanggaan bagi bekas penderita strok dan semua rakyat Malaysia.

“Para bekas penderita strok kami sudah bersedia untuk mengenepikan cabaran dan mempamerkan kekuatan dalaman serta keupayaan mereka yang menakjubkan. Kami memerlukan bantuan anda untuk menjadikan hari mereka hari yang hebat,” kata Janet ketika sidang media NASAM pada Isnin lepas.

Pada sidang media yang sama juga telah diadakan pelancaran logo Kejohanan Pejuang Strok oleh penaung NASAM,  Toh Puan Datuk Seri Dr. Aishah Ong.

Logo yang direkalukis sebagai sebuah obor berwarna terang itu melambangkan kebangkitan bekas penderita strok menghadapi cabaran kehidupan selepas diserang angin ahmar.

Ia menandakan keazaman, kekuatan dalaman, keberanian, harapan dan menunjukkan dengan jelas usaha-usaha tanpa lelah mereka untuk mengatasi semua halangan dan muncul sebagai juara.

Kemuncak Kejohanan Pejuang Strok ini adalah Majlis Makan Malam Ulang Tahun Penubuhan NASAM yang Ke-20 pada Ahad, 5  Mac 2017 di Hotel Geno, Subang Jaya.

Untuk maklumat lanjut sila hbungi kami di talian 03.8075.6000 atau emel kepada media@aboutcom.com.my.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *