(SUKAN) MILO® lancar kempen ‘Juara Takkan Gentar’  demi meneruskan usaha  dalam pembangunan sukan dari peringkat akar umbi

Spread the love

Image 2_MILO® Champions Never Give Up 2016KUALA LUMPUR, 28 Julai, 2016: MILO® meneruskan kempen ‘Juara Takkan Gentar’ melalui pelancaran inisiatif ‘Sokong Demi Sukan’ tahun ini. Inisiatif ini bertujuan menyeru rakyat Malaysia bersatu menghulur sokongan bersama MILO® untuk membekalkan peralatan-peralatan sukan bernilai RM1.5 juta kepada 184 buah sekolah yang terpilih di seluruh negara.

????????????????????????????????????

Bagi atlet-atlet Malaysia yang akan menjulang nama negara ke peringkat antarabangsa Sukan Olimpik Rio 2016, harapan yang tinggi memang diletakkan atas bahu mereka. Pada masa yang sama, sebagai rakyat Malaysia, kita juga kena mempersoalkan bagaimana kami boleh meningkatkan prestasi kami untuk menjadi pesaing kuat sukan di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Rio 2016 jelas kekal semangat waja untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Walau bagaimanapun, atlet-atlet generasi seterusnya masih ada ruang untuk kemajuan.  Pelancaran ‘Sokong Demi Sukan’ dan ‘Juara Takkan Gentar’ memang sejajar dengan usaha kami yang berterusan sejak 60 tahun lalu untuk memacu pembangunan sukan di peringkat akar umbi.”

 “Kami percaya bahawa  atlet-atlet perlu diasah dari peringkat awal di mana potensi sukan mereka dibentuk dan dipupuk dari muda lagi, dan mereka juga dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan yang positif melalui sukan. Inilah caranya bakal juara dilahirkan,” kata Philomena Tan, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestle (Malaysia) Bhd.

Beliau menambah, “MILO® amat bangga dengan para atlet yang mewakili negara dan kami sentiasa menyokong mereka melalui pelbagai platform sukan seperti Sukan MSSM-MILO® yang dimulakan sejak tahun 1969. Kami telah menyaksikan atlet Olimpik negara seperti penerjun, Nur Dhabitah Sabri, pelayar, Khairulnizam Afendy dan perenang Welson Sim mengekalkan keazaman dan semangat tidak gentar yang kuat, bermula daripada peringkat awal hingga mencapai kejayaan mereka hari ini. Perjalanan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 merupakan sumber inspirasi kepada kami semua yang mengikuti perkembangan atlet-atlet tersebut dari kekalahan, titik perubahan dan kemajuan mereka. Inilah sebabnya kami terus mendorong pembangunan sukan daripada peringkat akar umbi.”

 Image 4_MILO® Champions Never Give Up 2016

Demi menyokong usaha negara untuk menggegarkan arena sukan antarabangsa dan mencipta lebih lagi juara negara, Sokong Demi Sukan MILO® menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan sukan negara dengan membeli sebarang produk MILO® di antara bulan Ogos dan September 2016. Sebahagian daripada peratus jumlah pembelian akan menyumbang ke arah pembekalan peralatan-peralatan sukan bernilai RM1.5 juta yang akan diagihkan kepada 184 buah sekolah. Set lengkap peralatan sukan yang akan disumbangkan termasuklah bola sepak, bola jaring, badminton, bola keranjang dan balapan & padang. Setiap set peralatan sukan bernilai kira kira RM8, 000.

Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif ini, rakyat Malaysia akan memberi peluang yang berharga kepada pelajar-pelajar dan para atlet muda bagi memenuhi impian mereka untuk menjadi juara Malaysia pada masa akan datang. Mereka juga akan mendapat manfaat daripada peralatan sukan kualiti yang menjadi keperluan untuk pembelajaran serta proses perkembangan mereka,” tambah Philomena.

Puan Sadiah Ismail, Pengetua SK St. Gabriel yang merupakan salah seorang daripada penerima bantuan inisiatif ini amat berbesar hati apabila menerima berita mengenai inisiatif dan sumbangan tersebut. “Saya sering lihat pelajar-pelajar sekolah ini bermain di padang dengan penuh harapan kerana kami tahu bahawa dengan kemudahan dan peralatan yang mencukupi, mereka akan dapat mencapai kecemerlangan dan mampu melangkah lebih jauh lagi. Inisiatif MILO® ini memberi pelajar-pelajar muda peluang dalam merealisasikan impian mereka. Sekarang, mereka boleh menggunakan peralatan yang sesuai bagi membantu perkembangan mereka dan mencapai impian untuk menjadi seperti idola sukan mereka,” kata beliau.

Dengan adanya Sokong Demi Sukan MILO®, kami berharap rakyat Malaysia akan berganding bahu bersama kami untuk menyokong atlet muda yang berada di sekolah-sekolah ini supaya kita dapat membantu dalam mengembangkan potensi dan memberi mereka inspirasi untuk membanggakan Malaysia pada satu hari nanti,  sama seperti atlet-atlet kita yang bersaing di Sukan Olimpik tahun ini.” Tan menjelaskan.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *