AS25 Academy dengan bangga mengumumkan barisan rasmi pelumba Voge Racing Team yang akan beraksi dalam kejohanan Malaysia Cub Prix (MCP) dan Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2025.
Pasukan ini menampilkan barisan pelumba berkaliber tinggi yang bersedia untuk memberikan aksi terbaik:
- Muhammad Afizi bin Supaat (MCP, ARRC)
- Muhammad Afizad bin Supaat (MCP)
- Muhammad Muzakkir bin Mohamed (MCP)
Pengumuman ini turut disertai oleh ucapan penghargaan daripada Azlan Shah Kamaruzaman, selaku Team Principal Voge Racing Team, yang menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan penaja dan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada pasukan ini.
Menurut Azlan Shah, beliau amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh En. Asri Ahmad, COO Mforce Bike Holdings, dalam membawa nama Voge Racing Team ke arena perlumbaan tempatan dan antarabangsa. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap motosikal Voge yang dibangunkan dengan standard tinggi serta teknologi canggih.
Sebagai sebuah pasukan baru dalam kejuaraan ini, Voge Racing Team bertekad bukan sahaja untuk bersaing dengan pasukan terbaik, malah membangunkan bakat muda tempatan dan mencipta legasi baharu dalam sukan permotoran. Dengan strategi yang mantap dan disiplin tinggi, pasukan ini yakin mampu meraih kejayaan pada masa akan datang.
Dalam majlis pengumuman ini, Azlan Shah turut memperkenalkan barisan pengurusan dan kejuruteraan pasukan yang akan memastikan operasi dan prestasi pasukan berjalan dengan lancar:
- Alizan Tambi – Penasihat Pasukan
- Roosnizam Mohd Nor – Pengurus Pasukan
- Mohd Hamidee – Team Koordinator
- Mohd Syuaib – Media Officer
- Mohd Faiz Hassan – Chief Engineer
- Muhammad Nur Faiz – Data Engineer
- Mohd Ariffudin – Engineer
- Mohd Tazlan – Engineer
- Mohd Haziq Aiman – Engineer
Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan penaja yang menjadi tunjang utama dalam kejayaan pasukan ini:
- Mforce – VOGE (Penaja utama)
- LS2 Helmets
- Zynergys (M) Sdn. Bhd
- Helios Technologies
- Rapido | Kee Kee Motor Sdn. Bhd
- Ashuka Technologies Sdn. Bhd
- RKM Resources (M) Sdn. Bhd
- JDS Monoshock Malaysia
- CHC Racing Suit
- Blue Point Tools
Dengan barisan pelumba dan pasukan teknikal yang mantap, Voge Racing Team yakin mampu memberikan saingan sengit dalam musim perlumbaan 2025. Azlan Shah turut menyeru semua peminat sukan permotoran untuk terus memberi sokongan kepada pasukan ini dan mendoakan kejayaan mereka di pentas Malaysia Cub Prix dan Asia Road Racing Championship.
Nantikan aksi hebat Voge Racing Team di litar perlumbaan dan bersama-sama kita saksikan detik-detik gemilang mereka sepanjang musim ini!
#VogeRacingTeam #MCP2025 #ARRC2025 #RoadToVictory
kredit foto : azlan shah kamruzaman