(SUKAN) SMART TUNNEL RUN 2017

Program SMART Tunnel Run 2017 (Larian Terowong SMART 2017) akan akan diadakan pada 30 Julai 2017 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dengan sokongan daripada Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMABT) dan mendapat sokongan teknikal daripada Federal Territory Kuala Lumpur Athletic Association (FTKLAA).
SMART Tunnel Run 2017 merupakan penganjuran kali ke-2 di mana acara ini telah diadakan buat julung kalinya pada Mac 2007. Ia bertujuan untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-85 penubuhan JPS Malaysia (dikenali sebagai Jabatan Parit dan Tali Air pada 1932) dan ulangtahun ke-10 Pengoperasian Terowong SMART. Ia juga diharapkan akan dapat memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia melalui penglibatan di dalam aktiviti berbentuk kecergasan.

Sebanyak lima (5) kategori akan dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka (berumur 18 tahun ke atas), Lelaki Veteran Junior (berumur 40 – 49 tahun), Wanita Terbuka (berumur 18 tahun keatas), Lelaki Veteran Senior (berumur 50 ke atas) dan Wanita Veteran (berumur 35 tahun ke atas).

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM11,250.00 dan trofi tersedia untuk pemenang bagi setiap kategori. Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai insentif bagi progam larian ini termasuklah T-shirt dry-fit, hadiah wang tunai (bagi tempat 1-10), trofi (bagi tempat 1-5), insuran berkumpulan kemalangan peribadi, sijil, nombor bib, pingat, timing cip, beg cenderahati serta jamuan ringan.

Seramai 3,000 orang ramai dari seluruh negara dijangka akan menyertai SMART Tunnel Run 2017 yang terbuka kepada rakyat Malaysia dan penduduk tetap (PR) berumur 18 ke atas. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70.00.

Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Jun 2017. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat FTKLAA, Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.

Pendaftaran juga boleh dibuat melalui portal pendaftaran atas talian http://www.twentyfirstcenturysports.com.

Pengagihan race kit (baju, nombor bib dan cip masa) akan dibuat pada 28 hingga 29 Julai 2017 bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Foyer Tingkat 1, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *