(SUKAN) TINJU KINI KEMBALI KE KUALA LUMPUR SELEPAS ALI VS Bugner 1975

Spread the love

Kuala Lumpur, MY. (3hb Julai, 2017) – Selepas 42 tahun, WBC Malaysia (World Boxing Council) kini bakal membawa kembali acara sukan tinju professional ke Kuala Lumpur, Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada 9hb Julai 2017 di Health, Beauty and Fitness Expo, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).

BoxRanx’s “Boxingfest” merupakan acara WBC Professional Boxing yang pertama diadakan di Kuala Lumpur sejak acara terakhir yang menampilkan pertarungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner dalam WBC & WBA Heavyweight Championship pada tanggal 30hb June 1975, justeru menjadikan ia acara WBC Professional Boxing yang pertama di Kuala Lumpur sejak 42 tahun.

Pertarungan Kejohanan WBC-OPBF Featherweight Silver Title

Acara ini membariskan 10 perlawanan dan menampilkan peninju professional dari Malaysia, Filipina, Indonesia, USA and India. Acara pertama bakal menyaksikan persaingan kejohanan antara peninju dari Filipina, Carlo Magali (21 Menang, 9 Kalah, 10 Menang via KO) dan peninju dari India, Sandeep Balhara (4 Menang, 0 Kalah, 3 KO) bagi merebut WBC-OBPF Featherweight Silver Title. Rekod kemenangan berturut-turut yang dicapai oleh Balhara, termasuk tiga yang terakhir melalui KO & TKO, berjaya melayakkan beliau dalam kedudukan sebagai pencabar terhadap Mangali yang jauh lebih berpengalaman.

Kebanggaan Negara Malaysia

Anak kelahiran Malaysia Hui Keng Fai (2 Menang, 0 Kalah, 2 KOs) yang merupakan Peninju Johan terkini di Singapura juga Johan Amatur MMA dalam MIMMA, bakal bertanding dalam arena Professional Boxing buat kali pertama di tanahair beliau dan di WBC. Beliau bakal menentang peninju baru Sam Chan, yang juga veteran dalam sukan MMA, bakal bersaing kali pertama dalam Pro Boxing. Antara kemuncak yang dinantikan dalam Fight Card adalah dua orang anak kebanggaan Tanah Borneo, Stephen Onn Anak Jenggieng dari Sarawak (2 Menang, 1 Kalah, 1 KO) dan Eddey “The Clown” Kalai dari Sabah, yang pernah membolot pingat emas dalam Sukan SEA & SUKMA bakal bertanding kali pertama di persada tinju professional.

Theena Thayalan, peninju termuda merupakan antara pesaing handal yang dinanti-nantikan bakal beradu kali pertama di gelanggang WBC. Pada umurnya 19 tahun, beliau telah mempunyai rekod sebanyak 95 perlawanan amatur dan pernah menjuarai SUKMA pada tahun 2016 sekaligus menempa nama sebagai Pemenang Pingat Emas paling muda dalam sejarah sukan tinju di SUKMA. Tarikh 9hb Julai akan menjadi titik tolak bagi beliau melangkah ke dunia tinju professional dan meninggalkan kerjaya amaturnya.

Will Chope, bekas peninju UFC dari Amerika juga bakal turun ke gelanggang. Beliau yang terkenal dengan gelaran “The most hardworking fighter in Asia”, telah kerap kali menyertai perlawanan berbanding dengan peninju MMA yang lain di rantau ini. Beliau juga bakal bertanding kali kedua dalam professional boxing melalui BoxRanx “Boxingfest”.

WBC Malaysia’s BoxRanx buat julung kalinya bakal dilangsungkan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 9hb Julai 2017, acara semi-pro pula akan diadakan sehari sebelumnya iaitu pada 8hb Julai 2017 menampilkan 10 barisan peninju yang meningkat naik dan bertujuan mencungkil bakat baru dalam sukan tinju di Malaysia. Tiket boleh didapati dengan melayari www.ticketpro.com.my harga bermula dari  RM98 untuk kemasukan, dan juga terdapat tiket untuk acara bagi kedua-dua hari. Untuk maklumat lanjut dan bagi menghubungi WBC Malaysia, sila layari: https://www.facebook.com/WBCMalaysia/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *