(HIBURAN) USOP KEMBALI DENGAN  ‘SELAMANYA’ SAMBUNGAN KISAH ‘AKU YANG BERSALAH’ 

Spread the love

Mula dikenali lewat sebuah rancangan realiti, bintang yang semakin meningkat naik, Usop nampaknya terus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan dengan kehebatan vokalnya. Selepas membuat perkenalan dengan industri muzik tempatan tidak berapa lama sebelum ini, Usop kembali dengan sebuah lagi persembahan buat para peminatnya dalam bentuk single terbaru yang berjudul ‘Selamanya’.  

Lagu hasil ciptaan dan tulisan Ziin serta Bulan Penuh ini mengisahkan seorang lelaki yang masih setia dalam percintaan walaupun harapannya tidak kesampaian. Lagu ini juga merupakan kesinambungan kepada lagu Usop ‘Aku Yang Bersalah’ yang pernah dilancarkan tidak lama dahulu.

Seperti sebelum ini, lagu ‘Aku Yang Bersalah’ juga masih mengekalkan konsep Pop Rock kerana genre tersebut begitu sinonim dengan gaya nyanyian Usop.

Tambahan lagi, lagu ini juga bakal dilancarkan dengan video muziknya sendiri terbitan Voxscape Studio dan mendapat sentuhan pengarah Elfie Nazarie. Video muziknya turut menampilkan Usop sebagai salah seorang pelakonnya bersama dengan Shaa Zulaika dan juga Iman Zulkarnain. Ia masih menyambung kisah video ‘Aku Yang Bersalah’, di mana Shaa Zulaika telah berkhawin tetapi masih tidak bahagia kerana tetap menunggu kekasihnya, yang dilakonkan oleh Usop. Manakala Usop tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat dari jauh sahaja.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Apa yang boleh saya cerita tentang Usop dimana vokal yang ditojolkan pada lagu Selamanya membuatkan lagu ini mempunyai keunikan tersendiri. Bukan bakat nyanyian sahaja malah bakat dari segi lakonan Usop didalam MV membuatkan lagu ini lebih terkesan dan sedih. Diharapkan lagu ini mendapat sambutan dan terimah lah hadiah Selamanya buat anda semua    .”

Lagu ‘Selamanya’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *