KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Para pelari Malaysia, masa untuk mengikat tali kasut anda telah tiba! Pendaftaran kini dibuka bagi Blue Cap Run 2025 for Prostate Cancer yang dijadualkan berlangsung pada 2 November 2025 di Gamuda Cove, Selangor.
Dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan MR D.I.Y., dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), acara yang dinanti-nantikan ini mengajak rakyat Malaysia untuk berlari sambil meningkatkan kesedaran mengenai kanser prostat, antara jenis kanser paling kerap dihidapi golongan lelaki di negara ini.
Blue Cap Run 2025 bertujuan mengumpul dana untuk Urological Cancer Trust Fund, UM, yang amat penting bagi menyokong penyelidikan akademik dan klinikal untuk pesakit kanser prostat.
Lebih daripada sekadar acara larian, Blue Cap Run merupakan inisiatif bersejarah yang menyalurkan sokongan terhadap penyelidikan, pendidikan, program pengesanan awal serta usaha mendekati masyarakat. Dengan ribuan peserta memakai topi biru, acara ini akan menjadi simbol perpaduan, advokasi dan harapan buat para pejuang serta penyintas kanser prostat.
📌 Daftar sekarang dan dapatkan maklumat lanjut di mrdiy.co/bcr25.
Yayasan MR D.I.Y. dan Universiti Malaya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai larian ini, sekaligus memperkukuh kesedaran mengenai kanser prostat.
Untuk maklumat lanjut mengenai program kelestarian dan komuniti Yayasan MR D.I.Y., layari laman web rasmi di www.mrdiy.com atau ikuti media sosial rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok.
