Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria dan Kementerian Kesihatan bekerjasama 2 tahun berturut-turut untuk memberi kesedaran dan mengubah sikap membasuh tangan di peringkat nasional melalui Bulan Kebersihan Kebangsaan Antabax 2013 yang telah mencapai lebih daripada 7 juta orang pada tahun ini. Read more →
Tag: 2013
(SEMASA) Ayam Brand Memperkenalkan Kebaikan Khasiat Pemakanan Ikan kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Menerusi Kempen Masyarakat Penyayang ‘Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat’ 2013
Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia semenjak 120 tahun lalu dengan rangkaian pelbagai makanan dalam tin yang berkhasiat, tiada tambahan pengawet dan tiada MSG tambahan, kini dalam misi membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk menyelami keenakan, kemudahan dan khasiat pemakanan ikan menerusi Kempen Masyarakat Penyayang ‘Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat’ 2013. Read more →
(SUKAN) CHANATPON CROWNED CHAMPION OF THE ACHILLES FORMULA DRIFT MALAYSIA 2013
It was an intense battle and a day of major upsets on race day, but with fierce and adept determination on the track, Chanatpon Kerdpiam from Thailand representing Team Westlake managed to beat Australian Tom Monkhouse from the Achilles Drift Team to be crowned the winner of the Achilles Formula Drift Malaysia 2013, while Ken Gushi from USA, representing the Dunlop Binter Drift Team secured the third position on the podium of the competition which was held at Speed City, Kuala Lumpur. Read more →
(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013
NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013 baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini. Read more →
(HIBURAN) Super Spontan 2013 masuk musim ke 2
Setelah menobatkan Zizan Razak sebagai juara musim lalu, Super Spontan kembali buat musim ke 2. Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna, saluran 132 di dalam pakej Mustika pada setiap hari Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134). Mengekalkan format asal dan bakal bersiaran selama 10 minggu menampilkan gandingan pengacara baru iaitu penyampai Radio ERA , Ray dan Haniff manakala Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak kekal bertindak sebagai pengulas. Musim baru ini juga turut memperkenalkan Razif Hashim dan Rashid Salleh yang akan menjadi pengurus kepada dua kumpulan bertanding iaitu KETAM KONFIUS dan SEMUT SENTAP. Juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.





