Tag: 25 tahun

(HIBURAN) Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Jadi Jawapan Percintaan Dua Dekad

Siti Nordiana bakal berkahwin? Siti Nordiana bakal naik pelamin?  Siti Nordiana cantik berbusana pengantin dan Siti Nordiana mahu mengumumkan hari paling bersejarah dalam hidupnya….?

Semua itu menjadi spekulasi yang bertebar kencang beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya gara-gara foto diri penyanyi berusia 39 tahun itu yang manis menyarung gaun pengantin warna putih tersebar di internet.

Hari ini adalah hari Siti Nordiana Alias memberi jawapan kepada setiap persoalan dan spekulasi yang bertebaran. Read more →