Tag: –

(HIBURAN) ‘NE-YO LIVE IN MALAYSIA’ – Hitman Solutions & Happymoon Bawakan Bintang Antarabangsa Dari Amerika Syarikat Dalam Sebuah Konsert Penuh Nostalgia

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2022 – Baharu sahaja melabuhkan tirai ‘Raisa Live In Malaysia’, jenama penganjur acara disegani, Hitman Solutions bersama Happymoon, rakan industri muzik yang tersohor, kembali membawakan hiburan berterusan demi memenuhi selera penggemar konsert yang dahagakan persembahan ‘live’. Hasil kerjasama ini, mereka beralih ke negara barat pula dengan membawakan  ‘NE-YO Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada tahun hadapan, 21 Januari 2023, bermula jam 8:00 malam eksklusif di Dewan Plenary KLCC. Read more →

(SEMASA) JELAJAH  PENDIDIKAN #KELUARGA MALAYSIA – PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH

SUNGAI BULOH, 10 November 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar. Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan penyerahan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia. Program Kami PRIHATIN ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Read more →

(HIBURAN) GABUNGAN DUA DIVA- KRIS DAYANTI DAN NORYN AZIZ DALAM SATU KONSERT

ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz. Read more →

(HIBURAN) ‘YOLO LIVE SESSIONS: 3 GENERASI’ – YOLO Malaysia Kini Kembali Beraksi Dengan Membawakan Konsert Terbaharu 3 Generasi Pemuzik Rock Handalan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2022 – Buat julung-julung kalinya, 3 pemuzik rock handalan tanah air dari 3 generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legendaris, XPDC, yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara terkenal masa kini, YOLO Malaysia. Read more →

(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2022 – Kustom Kulture kembali gemilang untuk sambutan ulang tahun yang ke-10

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2022 – Art of Speed, acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture kembali dengan acara tahunannya yang kesepuluh tahun ini, selepas dua tahun menyepi dek penangan pandemik Covid19. Read more →