Tag: PPKI

(SEMASA) JELAJAH  PENDIDIKAN #KELUARGA MALAYSIA – PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH

SUNGAI BULOH, 10 November 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar. Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan penyerahan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia. Program Kami PRIHATIN ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Read more →