Tag: Angah Raja Lawak

(SEMASA) Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain

IMG_1416

19 Oktober 2013 : KUALA LUMPUR – Bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain. Majlis yang diadakan untuk mengutip dana untuk sebuah organisasi ini telah berjaya menarik hampir 400 para tetamu yang terdiri dari pelbagai lapisan golongan peminat tidak kira muda mahupun dewasa. Penyanyi lelaki tersohor negara ini telah menghiburkan para tetamu yang hadir dengan dendangan 5 buah lagu baru dan lama. Pada malam tersebut, para tetamu juga dihiburkan dengan kaletah 2 pengacara iaitu Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Tetamu yang hadir tidak kering gusi mendengar jenaka serta alunan nyanyian lagu dari dua jejaka ini. Sebahagian kecil tetamu yang hadir telah diberi peluang untuk beramah mesra dengan Anuar Zain selepas majlis tersebut apabila seramai 70 tetamu bertuah mendapat cabutan bertuah kad majlis beramah mesra tidak kira melalui cabutan nombor bertuah, soalan kuiz mahupun permainan yang telah dihoskan oleh Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Read more →

(HIBURAN) Akustika Ramadan di TV3

Akustika Ramadan (8)

Sempena bulan Ramadan yang sedang berlangsung, TV3 mempersembahkan sebuah program muzikal dan ilmuan berbentuk ketuhanan iaitu ‘Akustika Ramadan’ yang menampilkan hos Tajdid Hadhari dan Ustaz Zhafran Zainuldin bersama selebriti jemputan seperti Azlan & The Typewriter, Najwa Latif, Hijjaz, Black, Jambu, Angah Raja Lawak, Qi Razali termasuk ustaz-ustaz jemputan bermula 9 Julai 2013, setiap hari Selasa jam 11.00 malam. Read more →