Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Read more →
Tag: Angeline Tan
(HIBURAN) DUAN NAGO BOGHO – ‘Bukan Sekadar Filem Aksi… Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong’
Tidak dinafikan filem bercorak aksi sememangnya antara yang genre yang cukup digemari penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho. Read more →