Tag: ANUAR ZAIN

(SEMASA) Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain

IMG_1416

19 Oktober 2013 : KUALA LUMPUR – Bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain. Majlis yang diadakan untuk mengutip dana untuk sebuah organisasi ini telah berjaya menarik hampir 400 para tetamu yang terdiri dari pelbagai lapisan golongan peminat tidak kira muda mahupun dewasa. Penyanyi lelaki tersohor negara ini telah menghiburkan para tetamu yang hadir dengan dendangan 5 buah lagu baru dan lama. Pada malam tersebut, para tetamu juga dihiburkan dengan kaletah 2 pengacara iaitu Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Tetamu yang hadir tidak kering gusi mendengar jenaka serta alunan nyanyian lagu dari dua jejaka ini. Sebahagian kecil tetamu yang hadir telah diberi peluang untuk beramah mesra dengan Anuar Zain selepas majlis tersebut apabila seramai 70 tetamu bertuah mendapat cabutan bertuah kad majlis beramah mesra tidak kira melalui cabutan nombor bertuah, soalan kuiz mahupun permainan yang telah dihoskan oleh Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Read more →

(SEMASA) Eksklusif Bersama Anuar Zain

IMG_9930

Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar Park, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis sidang media majlis makan Malam Jalinan Mesra  yang bakal dianjurkan oleh Kelab Sukan dan kebajikan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Majlis makan malam eksklusif Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2013 ( Sabtu ) bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Read more →

(HIBURAN) “Anuar & Dayang Live At DFP” buah tangan terbaru kepada peminat

IMG_1680gmo

Setahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini.  Read more →

(GAMBAR) Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

IMG_5841TERBAIK..ungkapan yang sesuai bagi mengambarkan konsert solo mega pertama Anuar Zain selepas 30 tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai peminat di Malaysia telah berjaya menghiburkan dan memukau lebih 6000 peminat yang memenuhi segenap ruang Stadium Malawati Shah Alam , Selangor sempena Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari. Read more →

(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

IMG_5890EDITSMALL GMO

TERBAIK..ungkapan yang sesuai bagi mengambarkan konsert solo mega pertama Anuar Zain selepas 30 tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai peminat di Malaysia telah berjaya menghiburkan dan memukau lebih 6000 peminat yang memenuhi segenap ruang Stadium Malawati Shah Alam , Selangor sempena Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Read more →