Tag: ASTRO FIRST

(HIBURAN) STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST di Astro First Eksklusif

RIC_7778rsz

Kuala Lumpur, 19 November 2015 – Astro First Eksklusif membawakan sebuah supertelefilem terbaru, kesinambungan dari Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini. Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 26 November 2015 ini. Read more →

(HIBURAN) Tayangan TV karya Eirma Fatima ‘Takhta 3 Ratu’ di Astro First Eksklusif menyusul selepas pementasan di Istana Budaya

tahta4

Sebelum melabuhkan tirai 2014, Astro First Eksklusif bakal menayangkan sebuah filem televisyen (FTV) arahan Eirma Fatima, berjudul ‘Takhta 3 Ratu’. Ini merupakan julung kali Astro First Eksklusif menawarkan sebuah genre epik, yang berlatarbelakangkan zaman kesultananan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Read more →

(HIBURAN) ASTRO FIRST EKSKLUSIF membawa aksi ngeri dan cemas menerusi QADR dan PANIK

IMG_4530

ASTRO FIRST memulakan tahun baru dengan bertenaga apabila bakal menampilkan dua filem televisyen (FTV) definisi tinggi (HD) iaitu QADR dan PANIK.  Read more →