Tag: astro shaw

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

23 Mac 2025, Kuala Lumpur – Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ini menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’ & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA

5 Februari 2025, Kuala Lumpur – Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’

7 Januari 2025, Kuala Lumpur – Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.  Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW MEMACU ERA BAHARU SINEMA MALAYSIA DENGAN ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’

18 Disember 2024, Kuala Lumpur – Sebagai salah sebuah pemain industri utama perfileman tempatan, Astro Shaw terus komited untuk meningkatkan landskap sinema Malaysia agar dapat bersaing dan berdiri setanding industri serantau dan atarabangsa. Astro Shaw meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk sama-sama memastikan agar industri ini terus relevan dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kami percaya matlamat ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. Read more →

(HIBURAN) KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL KISAH DENDAM & PENYESALAN YANG PENUH EMOSI

25 November 2024, Kuala Lumpur – Filem paling ditunggu-tunggu, Kahar: Kapla High Council iaitu prekuel kepada siri premium popular Project : High Council yang mencipta gelombang fenomena tahun lalu, kini bersedia menemui peminat di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember! Read more →