CYBERJAYA, 2 Mei 2025 – Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan. Read more →
Tag: astro shaw
(HIBURAN) MONSTA & ASTRO SHAW LANCAR FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE
(HIBURAN) GABUNGAN THRILLER, SERAM, AKSI DAN ELEMEN SUPERHERO, ‘QODRAT 2’ TONJOLKAN PERTARUNGAN LEBIH DAHSYAT
16 April 2025, Kuala Lumpur – Selepas melakar kejayaan di Indonesia, kini perjuangan Qodrat 2 bakal disaksikan oleh penonton Malaysia di pawagam seluruh negara bermula 17 April ini menerusi kerjasama dengan Astro Shaw. Read more →
(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN
23 Mac 2025, Kuala Lumpur – Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ini menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan. Read more →
(HIBURAN) ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’ & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA
5 Februari 2025, Kuala Lumpur – Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo. Read more →
(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’
7 Januari 2025, Kuala Lumpur – Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku. Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan. Read more →
