Bagi terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju kandungan utama di Malaysia, pihak Astro dengan berbesar hati menawarkan sebuah lagi pilihan kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru, hlive!. Read more →
Tag: astro
(HIBURAN) Erin Malik Dan Redha Juara Fear Factor Malaysia Musim Kedua
Keputusan rasmi Juara Fear Factor Malaysia Musim 2 tahun 2014. Program realiti Astro yang mencabar fizikal dan mental iaitu Fear Factor Malaysia kini sudah melabuhkan tirai pada Ahad 11 Mei 2014. Juara Fear Factor Malaysia musim kedua telah disandang oleh pasukan merah iaitu pasangan Erin Malek dan Redha. Read more →
(HIBURAN) OH MY ENGLISH! MUSIM KETIGA TAMPILKAN GABUNGAN MANTAP SEPERTI NADIYA NISAA, OGY DAN CARMEN SOO
Berikutan kejayaan siri Oh My English (OME!) Musim Pertama, Musim Kedua, Oh My Ganu dan OME! Hello America, siri hiburan berpendidikan popular ini kembali dengan Oh My English! Musim Ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad bermula dari 18 Mei 2014, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (saluran 135). Read more →
(SUKAN) KEM BADMINTON KEMBALI TERUSKAN MISI LAHIRKAN JAGUH BADMINTON MASA DEPAN
Berita baik buat golongan belia dan generasi muda yang bercita-cita untuk menjadi jagoan badminton negara kerana Astro sekali lagi akan menganjurkan Kem Badminton Astro yang akan mula dibuka untuk pendaftaran khas buat kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap sukan badminton. Sesi latihan percubaan akan diadakan di enam buah negeri iaitu Penang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur dari 17 Mei hingga 23 Ogos 2014. Read more →
(HIBURAN) “ZAM” juara SKOOL OF LAWAK musim pertama
Muhammad Rizam Zaffar atau Zam dari Selangor telah dinobatkan sebagai juara SKOOL OF LAWAK musim pertama yang mana beliau membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000. Tempat kedua pula menjadi milik Filzah Azmi atau Fiza dari Sarawak dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala, tempat ketiga diraih Mohd Hazwan Mohd Azani atau One dari Kuala Lumpur dengan wang tunai RM25,000. Read more →





