Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Tahun 2013 menyaksikan kejayaan yang gemilang buat Hafiz apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan diperingkat nasional dan serantau. Bintang berusia 24 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini telah turut melancarkan album berjudul Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni pada bulan Jun lalu. Read more →
Tag: astro
(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014
Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah. Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad. Read more →
(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013
Seperti yang dijangka ramai, kumpulan SEPAHTU telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →
(SEMASA) Hafiz juara “Pencetus Ummah” musim pertama
Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Read more →





