Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa. Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →
Tag: Azhan Rani
(HIBURAN) TELEMOVIE DAN DRAMA TERBAIK DI TV9 (sepanjang Februari dan Mac )
TV9 sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai drama dan telefilem terbaik dan menarik menerusi slot Ratu, Aurora, Skrin Di 9 dan Mutiara Hati. Bermula Februari ini, TV9 akan menyiarkan drama-drama baru dan telefilem yang penuh pengisian, lebih segar dan pastinya dibarisi para pelakon hebat dan juga memperlihatkan bakat-bakat baru dunia lakonan yang sedang meningkat naik. Pastinya anda tidak akan kecewa mahupun berganjak dari tempat duduk apabila menonton drama dan telefilem yang ditayangkan sepanjang Februari dan Mac ini di TV9. Read more →


