Petaling Jaya, 22 April 2022 – Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. Read more →
Tag: Azhan Rani
(HIBURAN) ADA BAHAGIA SETELAH DERITA DALAM “SAMUDERA RINDU”- NASKHAH HEBAT DARIPADA DYNAS MOKHTAR & AZHAN RANI
Petaling Jaya, 22 September 2016 – Kemurungan yang berlaku selepas bersalin, keguguran atau kelahiran mati sering didengari. Pelakon popular tanah air, Dynas Mokhtar pernah melalui pengalaman derita pada 6 tahun yang lepas apabila kandungannya gugur. Namun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Dynas Mokhtar untuk bergelar seorang ibu dan terus berkarya dalam industri lakonan yang dicintainya. Read more →
(HIBURAN) Filem KOLUMPO
Kuala Lumpur, atau lebih dikenali ramai sebagai KL atau Kolumpo, merupakan sebuah kota yang terdiri daripada kepelbagaian. Sekian lama, kota ini telahpun digambarkan dalam pelbagai gaya dan rupa menerusi layar perak. Kali ini, KL akan digambarkan dengan cukup berbeda menerusi perspektif 3 pembikin filem muda tempatan. Arahan Sheikh Munasar, Rozi izma dan Bront Palarae, filem ini bakal membawa para penonton menerusi kehidupan warga kota KL yang sering mencari harapan dan impian. Filem antologi ini merupakan gabungan hasil kerja tiga buah filem pendek yang terdiri daripada bahasa yang berbeda dengan setiap filem merangkumi durasi sepanjang 30 minit. Filem ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mona Maniam, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan disertai penampilan khas oleh Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae. Read more →
(HIBURAN) Balada Pencinta Mengalun 24 Oktober Ini
Alunan irama cinta akan berkumandangan mulai 24 Oktober ini dengan filem nantian ramai keluaran Grand Brilliance, Balada Pencinta yang dibarisi pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein. Read more →
(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini
Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa. Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →