Tag: Bandi Amuk

(HIBURAN) SUASANA DI HARI RAYA FAMILI KITA

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Barisan penyanyi terkenal tanah air, Adibah Noor, Shidee, Ani Maiyuni, Azan Scan, Bandi Amuk, Dato Fazley Yaakob, Aliff Aziz, dan Aweera telah bergabung untuk merakamkan sebuah lagu sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Lagu tersebut turut menampilkan artis berkumpulan NICO G, dan duo Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin, selain penyanyi Nikki Palikat, Suki Low dan penyanyi daripada Indonesia, Upiak Isil. Diterbitkan oleh Oja, lagu berjudul ‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina, telah diberi nafas baharu dengan menggunakan tajuk ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’, menampilkan pelbagai rentak yang bersesuaian dengan genre yang dibawakan oleh kesemua artis yang terlibat. Read more →