Tag: dan

(HIBURAN) Pasangan Duet, Syamel dan Ernie Zakri Juara Sulung DUO STAR Musim Pertama

Pasangan duet, Syamel dan Ernie Zakri menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara sulung program Duo Star musim pertama yang dipancarkan dari Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam. Read more →

(SEMASA) JOS dan JLT berganding tenaga menawarkan solusi insurans siber kelas dunia di Asia  

 

Malaysia – 7 Disember 2016 – JOS, salah satu peneraju perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT) di Asia, menjalin usaha sama dengan Jardine Lloyd Thompson (JLT) iaitu penyedia perkhidmatan insurans, insurans semua dan nasihat berkaitan manfaat pekerja, pembrokeran dan perkhidmatan berkaitan yang terkemuka di dunia, untuk melancarkan kemudahan inovatif insurans dan khidmat nasihat siber. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada penawaran solusi keselamatan siber yang komprehensif oleh JOS. Read more →

(SUKAN) Komitmen Sepanjang Hayat Tune Talk bersama Para Atlet Luar Biasa

pic-1Kuala Lumpur, 1 Oktober 2016 – Pada tahun 2014, Tune Talk, secara rasminya telah melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kejohanan Para Asian di Incheon pada tahun tersebut merupakan kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan kesemua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan menggunakan langkah-langkah avant-garde, Tune Talk telah memastikan semua maklumat dan bahan-bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengtahui pencapaian luar biasa mereka.  Read more →

(HIBURAN) MAJLIS SIDANG AKHBAR PUTRI ‘PANAS HUJAN’ DAN PELANCARAN MUZIK VIDEO

front-cover

Putri Ain Natashha Binti Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Putri merupakan salah seorang peserta Separuh Akhir Ceria Pop Star Musim Kedua di bawah didikan dan bimbingan W.A.R.I.S.  Beliau mula diperkenalkan di dalam industri muzik tanah air dengan lagu balada yang dicipta oleh komposer dan penerbit terkenal iaitu Ajai dan dipasarkan di dalam tahun 2014. Muzik video tersebut telah ditontoni hampir 700,000 kali. Di atas kejayaan ini, maka Hazac Records telah tampil untuk menghasilkan single kedua yang berjudul ‘Panas Hujan’ buat Putri hasil ciptaan sepenuhnya oleh seorang pendatang baru yang bernama Haikal Zarrin. Read more →

(SEMASA) Pelancaran Koleksi Terbaru “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  Selangor dan Johor

dav

Pihak Galaksi Media Online telah dijemput oleh pihak ABSTRAX ke majlis pra-pelancaran butik pameran di ibu pejabat ABSTRAX yang telah dinaik taraf di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Butik pameran utama yang dikenali sebagai ABSTRAX Headquarters ini merupakan tambahan ruang pameran di tingkat bawah yang melengkapi antara satu dengan lain dengan ruang di tingkat atas bangunan tersebut. Bersempena dengan majlis tersebut juga, pihak ABSTRAX telah mengumumkan pelancaran koleksi terbaru rekaan jersi mereka iaitu “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  Selangor dan Johor yang merupakan kesinambungan kejayaan penjualan siri jersi sebelum ini iaitu #MASterpice Series. Read more →