Tag: Dian P. Ramlee

(HIBURAN) ‘LANGIT CINTA’ TEMUI PENONTON JANUARI 2016!

image004

Kuala Lumpur, 25 November 2015 – Selepas kejayaan filem Polis Evo, Astro Shaw terus melangkah ke hadapan selaku penerbit filem yang mampu menjadi tonggak kepada industri perfileman tempatan. Bagi memastikan kejayaan itu diteruskan, Astro Shaw akan membuka tirai tahun 2016 dengan tayangan sebuah filem romantik drama, Langit Cinta arahan pengarah terkenal Osman Ali. Malah, Astro Shaw turut tampil dengan percaturan terbaru menerusi langkah promosi dan pemasaran secara menyeluruh menerusi trailer filem, muzik video, sesi jelajah, laman sesawang, novel adaptasi dari filem dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Read more →

(HIBURAN) Saksikan Antara Drama Terbaik ASK 2014 Setiap Jumaat, Jam 1.30 Petang

Olong (2)

Anugerah Skrin 2013 telah menyaksikan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul trofi Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Mohd Faizal bin Mohd Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan) manakala drama Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama (Eirma Fatima) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Datin Paduka Umie Aida).

Read more →

(HIBURAN) SAMARINDA TV3 – “ANUGERAH TERINDAH” Mampukah Cinta Menewaskan Satu Kebencian?

Anugerah Terindah (1)

Amar dan Amir merupakan dua beradik yang mempunyai sikap berbeza dan mereka sering bercanggah dengan kemahuan masing-masing. Amar lebih serius manakala Amir pula seorang yang ceria dan selalu menghabiskan masa dengan berfoya-foya. Kehadiran Riana telah mengubah sikap Amar dan Amir. Namun siapakah yang berjaya menawan hati Riana? Read more →

(HIBURAN) Slot Drama Terbaru di AKASIA ‘Cinta Jannah’

Poster Cinta Jannahcropsmall

Cinta tidak boleh dipaksa, kadang-kadang cinta boleh datang dan pergi dengan sekelip mata.  Perlukah kita berbohong demi meraih cinta sejati?  Adakah campur tangan keluarga dapat menghalang dua hati yang sudah terpaut? Dengan gandingan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel yang sedang meniti nama di Hollywood bersama pelakon jelita yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, pasti gabungan pelakon dan jalan cerita yang mantap, drama terbaru untuk slot Akasia, ‘Cinta Jannah’ bakal melakar sejarah memecah box office setanding dengan ‘Teduhan Kasih’ yang berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Filem ‘Kahwin 5’

Selepas kejayaan filem pecah-panggung “Hantu Kapcai” di pawagam pada bulan lalu, Showbiz Productions meneruskan tradisi menghasilkan filem komedi berjudul “Kahwin 5” yang bakal ditayangkan di sekitar 70 pawagam di seluruh tanahair mulai 27hb Disember 2012. Read more →