Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru yang menggabungkan konsep permainan dan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di serata Eropah iaitu Awak Kat Mana khusus buat tontonan seisi keluarga. Program 13 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123). Read more →
Tag: anzalna nasir
(HIBURAN) ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’ di TV3
Kisah Balqish Yang Bangkit Dari Peristiwa Pahit
Menggantikan drama ‘Surat Dari Langit Biru’ yang akan melabuhkan tirai malam esok, ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’, sebuah lagi drama rantaian 12 episod karya sutradara Emi Suffian Sabhe dan penulis skrip Mufidsuhaimi Bahaudin menerusi Orangetree Production Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon popular, antaranya, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin dan Amar Baharin. Read more →
(HIBURAN) Filem ‘Kahwin 5’
Selepas kejayaan filem pecah-panggung “Hantu Kapcai” di pawagam pada bulan lalu, Showbiz Productions meneruskan tradisi menghasilkan filem komedi berjudul “Kahwin 5” yang bakal ditayangkan di sekitar 70 pawagam di seluruh tanahair mulai 27hb Disember 2012. Read more →
(HIBURAN) Rumah Terbuka Raya “Sepah The Movie”
14 Sept 2012 pihak PTV Film Production telah mengadakan majlis rumah terbuka raya filem ” Sepah The Movie” lakonan kumpulan SEPAH sebagai teraju utama bergandingan dengan pelakon Anzalna Nasir , Jehan Miskin , Ramona Zam Zam dan ramai lagi. Read more →