Tag: emcc

(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)

IMG_9195

AFDLIN SHAUKI dan HARUN SALIM BACHIK yang lebih dikenali sebagai BOBOI telah mengembangkan sayap mereka dengan menjadi rakan kerjasama dengan produk kek terbaru di bawah jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake . Majlis pelancaran dan sidang media yang berlangsung di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Zaki Bin Salleh bersama isteri beliau Puan Maliza Malik merangkap Pengurus Besar EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd yang juga pemilik asal resepi produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) tersebut. Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian diantara Vision Works yang menguruskan kumpulan BOBOI dengan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd. Di samping itu juga, majlis tersebut diadakan untuk membolehkan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd memperkenalkan barisan ejen-ejen jualan persendirian dan juga pemilik stokis jualan EMCC seluruh negara kepada pihak media. Read more →