“Yes Boss!” Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama siri 24 episod ini akan menemui penonton bermula 15 Febuari 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Read more →
Tag: Emma Maembong
(HIBURAN) ” Kampung Girl ” Kisah Dua Hati Yang Berbeza Taraf
Selepas ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ berjaya mencipta fenomena luar biasa saban minggu dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod berjudul ‘Kampung Girl’ yang menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi di bawah arahan sutradara Heykal Hanifah manakala garapan skrip oleh Heykal sendiri bersama Eja Lorena dan Zakinah Ab. Zarith. Read more →
(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2 dengan kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya. Read more →
(HIBURAN) Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia Teraju Utama ‘CINTA ITU MILIKKU’
Petaling Jaya, 5 November 2012 – ‘Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari’. Setiap apa yang berlaku pasti ada naik turunnya kerana jalan kehidupan seseorang itu penuh dengan liku dan ia kadang kala tidaklah seindah yang diimpikan. Itulah yang dialami oleh Rania seorang gadis yang lahir dalam sebuah keluarga elit dan berpengaruh. Walaupun mengecapi kemewahan yang diimpikan oleh setiap gadis di dunia ini namun Rania tidak dapat menikmati sebuah kebahagiaan. Apakah yang menghalang Rania untuk bahagia? Read more →