Tag: Filem
(HIBURAN) Filem Beraksi “Dampak” Memulakan Penayangannya 19hb September 2013
Filem drama beraksi “Dampak” yang mendapat liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini. Read more →
(HIBURAN) ‘Sindiket’ filem ke-11 taruhan Bade
Kuala Lumpur, 30 Mei 2013: ‘Sindiket’, filem ke-11 taruhan sutradara, Bade Haji Azmi, bakal membawa penonton dan penggemar filem tempatan menyelami kehidupan gelap dinamakan ‘Human Trafficking’ atau ‘Pemerdagangan Manusia’ yang berlaku setiap detik dan masa di sekeliling kita namun pergerakannya sukar dihidu.
Diterbitkan sebuah syarikat produksi baru, Loyal Studios Sdn Bhd, idea menghasilkan filem bergenre aksi ini tercetus sejak tujuh tahun lalu, semasa Bade terbabit dalam penggambaran filem, Maut. Read more →
(HIBURAN) Filem ’99 Kali Rindu’
99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita – Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar. Read more →
(HIBURAN) Filem ” Bunohan ” bolot 3 Anugerah Cipta FFM25
Filem Bunohan meraih tiga anugerah daripada sepuluh pencalonan pertama pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia (FFM) Ke-25 yang diadakan malam ini. Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).





