Tag: Soo Wincci

(HIBURAN) Artis Tempatan Tambah ‘Perisa’ Versi Malaysia kepada Lagu Piala Dunia Coca-Cola “The World Is Ours” Bersama David Correy

page

Menjelang kejohanan bola sepak terbesar di dunia yang dijadualkan untuk diadakan beberapa bulan lagi, ritma Brazil kian bergema kuat dengan berita tiga artis tempatan yang telah dijemput untuk mewakili tanah air kita dalam persembahan lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, “The World Is Ours”. Read more →

(HIBURAN) SU WIN SI buah tangan terbaru daripada SOO WINCCI

Soo Wincci (15)

Penyandang JUARA MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009 yang juga pemilik nama Soo Wincci semakin ligat mengorak langkah permainan dalam arena muzik di tanah air.  Siapa sangka gadis yang memiliki seraut wajah bujur sireh ini kini mampu menarik perhatian ramai peminat berbangsa Melayu.  Setelah memenangi gelaran MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009, Wincci mula menjinakkan diri dalam bidang muzik dan industri seni tempatan.  Wincci mendapat pendidikan: Read more →

(HIBURAN) Soo Wincci menghargai kesetiaan Winccists

IMG_1541gmo
Sempena hari lahir soo wincci yang ke 28 pada 26th oct beliau juga melancarkan fans club secara rasmi yang di beri nama Winccists.. Seramai 50 peminat y hadir dr pelbagai bangsa dan lapisan umur yang bersama- sama meraikan hari jadi beliau.. Walaupun sibuk dengan jadual wincci tidak melepaskan peluang meraikan harijadi beliau bersama peminat dan rakan media. Read more →

(HIBURAN) SOO WINCCI belanja besar….

DSC_0213

Soo Wincci telah mengorak langkah dalam mempromosikan single kedua beliau ‘ Musim Asmara’ dengan penghasilan video muzik terbaru. Lagu ciptaan komposer terkenal Ajai bersama Soo Wincci dan liriknya ditulis oleh Slen ini bakal dimuatkan dalam album mini beliau yang bakal berada dipasaran pada hujung tahun ini. Menggunakan khidmat pengarah Abhilash Chandra dan Akim Ahmad sebagai pelakon undangan di dalam video muzik beliau. Ditanya mengenai penglibatan Akim di dalam video muzik tersebut, Soo Wincci menjelaskan bahawa, Akim memiliki pakej yang cukup sebagai gandingan beliau di dalam video muzik tersebut. Read more →

(SUKAN) Feel Good Run 2013

IMG_6800gmo

Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →