Tag: FORTEEN

(HIBURAN) Konsert Ulangtahun TONTON Yang Pertama

Tahniah Galaksi Media Online (GMO) ucapkan kepada TONTON yang bakal meyambut ulang tahun pertama mereka. TONTON kini memiliki hampir 7 juta ahli dengan penambahan 18,000 ahli baharu setiap minggu malah mencapai 1.5 juta muat turun di iOS dan Android dengan kadar peningkatan 25% setiap bulan. Read more →

(HIBURAN) Forteen – DEKAT TAPI JAUH

Artwork Dekat Tapi Jauh

Kajang, 22hb Februari 2016 – Menjangkau usia lima tahun mengorak langkah dalam industri seni suara tanah air, kumpulan Forteen kini tampil lagi dengan karya terbaru berjudul ‘Dekat Tapi Jauh’ sekaligus menepis sangkaan bahawa kumpulan mereka bakal berpecah. Read more →

(HIBURAN) TEATER “ PROJEK KAHWIN “

IMG20140526161314 (2)

Setelah kejayaan mementaskan teater komedi, Maduku Kalut, MASK Team kini berkolaborasi bersama IIAN Enterprise dengan mementaskan sebuah teater humor dokumentari yang bertajuk ‘Projek Kahwin’. ‘Projek Kahwin’ akan dipentaskan pertama kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun 2014 pada jam 8.30 malam. Pementasan teater ini melibatkan 10 persembahan di mana pada 7 dan 14 Jun 2014 diadakan persembahan matinee di sebelah petang. Read more →

(HIBURAN) Kerahan Tenaga “FORTEEN”

ALG_2865

Jangan pula terkejut dengan tajuk di atas, ia cuma sekadar  ingin menunjukkan bahawa FORTEEN berkerja keras dalam menjayakan konsert pertama mereka yang bertempat di KL Live Kuala Lumpur. Bagaikan ingin menutup mulut pengkritik tentang kemampuan kumpulan harmoni ini sebelum ini, Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue) membuktikan bahawa mereka berhak ke atas kejayaan merangkul anugerah “Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu” AIM ke 19 lalu. Read more →

(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

EZA_1446gmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →