Grand Brilliance telah merangkul lima buah anugerah di Majlis Anugerah Lawak Warna yang telah berlangsung malam tadi. Istanbul Aku Datang, filem komedi romantik yang telah menjalani penggambaran di negara Turki itu, telah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, sementara Lisa Surihani pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Kategori Filem) menerusi lakonannya sebagai Dian, seorang gadis blogger yang mencari cinta. Filem arahan Bernard Chauly ini juga memenangi Anugerah Direktor Komedi Terbaik, dan turut menerima Anugerah Lakon Layar Komedi Terbaik (Kategori Filem), hasil karya Rafidah Abdullah. Sementara itu, sebuah lagi terbitan Grand Brilliance, Rock Oo: Rimba Bara Kembali, juga memenangi Anugerah Skrip Komedi Terbaik (Kategori Filem). Read more →
Tag: Grand Brilliance
(HIBURAN) Chow Kit Dicalonkan Untuk Asia Image Apollo Awards
Chow Kit, filem terbitan Grand Brilliance yang dipersembahkan oleh Primeworks Studios, telah menerima tiga pencalonan untuk Asia Image Apollo Awards, termasuk Arahan Terbaik (Format Panjang), Sinematografi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik. Malam Anugerah Apollo ini akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 18 Jun 2013. Dianjurkan oleh Contineo Media, Anugerah Apollo mengiktiraf industri-industri produksi dan pasca-produksi terbaik di rantau Asia Pasifik. Read more →
(HIBURAN) Filem ‘PECAH’..kasi pecah panggung
Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini bakal ‘Kasi Pecah’ panggung. Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda. Read more →