Tag: HABIB

(SEMASA) HABIB DI SEMUA HOUSE KUALA LUMPUR AKAN MELABUHKAN TIRAI SETELAH 36 TAHUN BEROPERASI

Berjalan menyusuri kawasan yang sentiasa hiruk-pikuk dengan manusia yang sibuk dengan urusan dunia sudah menjadi kebiasaan di sekitar Pusat Membeli Belah Semua House. Namun, sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik pameran HABIB, memori silam kembali bermain di ruang minda membawa ke detik pertama kali bilik pameran ini dibuka iaitu pada tahun 1986. Menjadi bilik pameran HABIB yang pertama dalam menyusun langkah dan melakarkan kejayaan sehingga berkembang ke hari ini, bilik pameran HABIB Semua House mempunyai seribu satu cerita di sebalik kilauan berlian dan permata yang dipamerkan. Read more →

(SEMASA) KERJASAMA STRATEGIK PPZ-MAIWP BERSAMA HABIB DALAM MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT

AMPANG, 29 OGOS 2022: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Zakat Emas, Kerjasama Strategik bersama syarikat barangan kemas tempatan HABIB. Read more →

(SEMASA) AQILA AFINDI DINOBAT SEBAGAI “IKON WANITA MELAYU” – PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 PLAZA SHAH ALAM

Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam. Read more →

(SEMASA) NAUNGAN HABIB GROUP LANCARKAN PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA – TAMPILKAN PELBAGAI JENAMA

HABIB Group yang menaungi jenama barang kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut. Read more →

(SEMASA) HABIB KEMBALIKAN NOSTALGIA SAMBUTAN AIDILFITRI DI KAMPUNG HALAMAN 

KUALA LUMPUR, 5 April 2022 – Mengimbau kembali kenangan sambutan hari raya di desa, HABIB tampil dengan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan yang bertemakan Rantaian Kasih, berlangsung daripada 4 April sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran. Read more →