Tag: HABIB

(SEMASA) PELANCARAN IRAMA AIDILFITRI DAN VIDEO MUZIK HABIB YANG PERTAMA

Kuala Lumpur, 27 April 2021 – Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya. Read more →

(SEMASA) FESTIVAL BATU PERMATA HABIB : MEWARNAI BULAN OKTOBER INI DENGAN PENUH KEINDAHAN & INFO, ISTIMEWA DIKONGSIKAN

Trend memilih barang kemas yang dihiasi dengan batu permata telah kembali untuk tahun 2020 dan dijangka berterusan hingga tahun hadapan. Penggemar barangan kemas khususnya lebih tertarik dengan aksesori bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka. Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang sudah bertapak di industri pembuatan barangan kemas selama 62 tahun, banyak maklum malas dan pertanyaan diterima dari pelanggan berkenaan batu permata. Rupanya, ramai peminatnya. Read more →

(SEMASA) BARANGAN KEMAS VINTAJ DAN ANTIK MASIH MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGEMAR BARANGAN KEMAS

Cantik dan antik. Gabungan dua perkataan yang diambil untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang terdapat di kedai emas jenama Chantique di bawah naungan Kumpulan Habib. Idea dari Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib untuk membuka kedai emas Chantique ini tercetus apabila mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar barangan kemas lama dan antik. Maka Chantique yang berada di Ampang Point sering menjadi tumpuan dan pilihan para pengumpul koleksi barangan kemas antik dan ‘preloved’.

Read more →

(SEMASA) PROMOSI SYAWAL HABIB MENGAJAK PENGGUNA MELABUR

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2020 – Syarikat pengeluar barangan kemas tempatan jenama Habib memandang serius dengan keadaan ekonomi yang melanda bukan hanya Malaysia tapi turut memberi impak di peringkat global. Hal ini juga menyaksikan peningkatan harga emas yang kini berada di tahap tertinggi dalam sejarah pada paras RM 270 segram. Namun, Habib ingin berkongsi pandangan dari sisi yang berbeza dengan orang ramai untuk melihat kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas. Read more →

(SEMASA) Rantaian Kasih 2020 Habib Membawa Anda Melusuri Tradisi Di Hari Raya

Kaum Hawa sudah sinonim dengan minat bergaya dan berhias terutamanya pada Hari Raya. Di hari istimewa inilah kaum hawa akan menyarung busana indah serta menata rias wajah agar kelihatan berseri. Namun tidak dilupakan pilihan aksesori juga menjadi keutamaan dalam memastikan mereka kelihatan bergaya dan menyempurnakan lagi penampilan mereka. Oleh itu, tahun ini Habib menampilkan pelbagai koleksi baharu yang menarik untuk membantu para wanita melengkapkan hari lebaran mereka. Read more →