Tag: THE ONE THING

(SEMASA) HABIB LANCAR KEMPEN “THE ONE THING”

Kuala Lumpur, 2 JULAI 2021 – Jumlah kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia masih tinggi, walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 oleh Kerajaan Malaysia. Setelah sebulan rakyat Malaysia “berkurung” di rumah, angka kes positif harian yang direkodkan masih lagi tinggi iaitu mencecah purata 5,000 kes sehari. Keadaan ini menyeru kerajaan untuk memperhalusi perancangan berkenaan hala tuju negara dalam masa terdekat ini bagi mengekang pandemik Covid-19. Sehubungan dengan ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memperkenalkan Rancangan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, sebagai salah satu strategi untuk membebaskan negara daripada wabak Covid-19 menerusi empat fasa. Pada setiap fasa, tiga syarat harus dipenuhi sebelum negara dapat bergerak ke fasa yang seterusnya. Salah satu daripada tiga syarat tersebut termasuk mencapai peratusan memuaskan penduduk yang telah divaksin. Read more →